Sunah Suka Sakura dot com

Wednesday, November 3, 2010

Patut suke ker tak eh???


Seperti yang telah ditetapkan... Hari ni aku kene jumpe doktor untuk rawatan lanjutan. So dalam pukul 9 sampailah aku di PPUM dengan penuh bertenaga... (walaupun kejap2 aku dah semput). Dah sampai tu aku terus ke unit kecemasan ...Kasi kad temujanji aku berserta kad x ray dada aku...heh heh heh...salah tempat lak :P aku kene x ray kat tempat lain..heheheheh...kat tingkat 1..So bertungkus lumus la aku berlari2 anak menuju tingkat 1...penatnya..hanya Tuhan yang tahu...Dah sampai situ aku terus ambik number giliran..lama la pulak nak kene tunggu...

Tibe2..."Encik Mohd Soleh Bin Ahmad" terdengar nama comelku dipanggil...Errr...habis ape gune number yang aku ambik eh??? Nurse tu terus bawak aku gi scan..sedangkan org lain bukan main lama nak tunggu turn..aku pun beranikan diri bertanya sebab aku rasa ada berlaku ketidakadilan disnini...aku tanye nurse tu nape aku leh terus gi x ray sedangkan org lain bukan main lama tunggu?? nurse tu balas spontan jer... "sebab kad awak ada tanda kat urgent" errr...tu jer??? aku macam nak suh semua pesakit yang tunggu nak x ray tu tanda kat "urgent"jek..heheheh...

Setelah siap x ray....aku terus nak gi jumpe doktor Barveen Siraj yang selalu rawat aku..tetapi...Die tak datang hari ini...So aku akan dapat seorg pakar yang baru...Dr Hairul Hadi Bin Ariff.... Orangnya memang totally beza dengan Doktor yang rawat aku sebelum nie..mana taknya..seorg laki...sorg lagi pompuan :P Dr Hadi lebih ramah dan aku rasa dia memang layak dapat anugerah doktor yang bermotivasi tinggi..hehehe...sampai aku die kasi motivasi..hehehehe...part motivasi tu jap lagi.... so dah jumpe doktor Hadi...aku sekali lagi disuntik kat lengan..aku memang dah bersedia dah untuk part ambik2 darah nie...

So sessi interview antara aku ngan Dr Hadi bermula....

Dr Hadi : Soleh, (sambil pegang tangan aku) hasil apa yang saya tengok dari x ray dan darah awak...saya rasa kesihatan awak bukan bertambah baik..tetapi semakin teruk...
Aku : Eh doktor...kenapa boleh jadi macam tu sedangkan saya rasa badan saya semakin baik???
Dr Hadi : Dari x ray yang kita buat tadi ..nampak seperti ada........(ulasan dari die pasal xray aku...yang nie aku tak leh nak share kot..heheheh)
Aku : doktor jangan main2 doktor..nie pasal kesihatan saya...
Dr Hadi : sebab itu saya awal2 lagi sudah suruh awak kene tabah n bersedia hadapi apa saja kemungkinan kalau berhadapan dengan penyakit yang sukar kita nak kawal..ini bukan macam pasaran saham..senang2 nak ramal..
Aku : Errrrr......(teruskan mendengar)
Dr Hadi : Rawatan sekarang canggih...awak jangan risau..Pasal berat badan awak..Nampaknya susut lagi...
Aku : Tapi selera makan saya ok doktor...
Dr Hadi : takpe kita tengok lagi 3 minggu lepas ini...
(tibe2 die dapat satu panggilan)
Dr Hadi : Saya baru dapat panggilan pasal awak soleh...Awak berminat tak untuk bersama seorg Prof dan Pakar untuk bersama2 menghantar mesej kesihatan paru2??
Aku : Gelak2 kecil..nie main2 ker ape ni? ( rasa macam glamour lak - meghantar mesej kesihatan paru2..macam duta tuh)
Dr Hadi : Betul2...kalau awak berminat...esok awak datang sini pukul 8pagi...Prof itu akan terangkan tugas kamu..
(teruskan berbual pasal pemeriksaan aku dan tahap kesihatan aku yang terkini)

Setelah tamat perbualan....Ada dua kesimpulan yang aku buat...

1- Dapat berita kurang baik dimana aku punya tahap kesihatan bukan bertambah baik..tapi bertambah teruk...
2- Ada gak berita baik....Aku akan jadi jurucakap untuk menyampaikan mesej kesihatan paru2..ahahahahahahaha..kira2 aku jadi model la..siap dapat bayaran tuh!!!

Tapi...sejujurnya...dari lubuk hati aku....Hati aku menagis teresak2...Aku sedih ...sangat2 sedih... aku macam dah tak tertanggung apa yang aku tanggung sekarang... Air mata yang aku tahan sejak berjumpa doktor aku bawak balik kerumah...tutup saja pintu bilik..air mata ini mengalir...aku tak faham..kenapa selepas aku usaha macam2 nak lawan penyakit ni...tapi kesihatan aku makin teruk??? Ya Allah...kenapa kau berikan aku senyuman palsu ini...untuk dipamerkan kepada khayalak ramai?? aku sudah tidak mampu tersenyum Ya Allah.... Tapi haruskah aku menangis meraih simpati ??? kerna aku tahu aku bukan jenis seorg yang suka timbulkan kesedihan dihati org lain...

Soleh!!!! sudah...hari nie biarkan saja berlalu!!! Esok masih ada untuk teruskan amanah dan tanggungjawab yang diberikan... Aku tak risau sebab aku rasa ramai yang berada kat belakang aku disaat aku perlukan... Sayang semua!!!!!!!


Wednesday, October 27, 2010

Pengalaman di U12-16 PPUM..

SElepas aku dah masukkan ke wad..aku tengok la bilik aku tu...Nie bilik untuk first class ker ape ni?? aku tak de lak mintak ditempatkan di bilik sebegini..urmmm..Aku ditinggalkan sorg2..ehhhhhhh...ape aku nak buat neh?? Bosannya.... So masa nie la gunanya hdset aku yang comel ini...Habis semua org aku msj borak2... Sambil tu terfikir gak, barang2 aku macam mane neh? berus gigi, sabun mandi etc...

Setengah jam kat situ..aku dah mula mati akal..kemudian datang seorg doktor dengan masknya.. nampak sopan dan begitu baik hati...Dr Barveen Siraj Zainul Abindin... Itulah namanya...tak tau kan org ape...heheh...tapi die bertudung..so aku simpulkan muslimah.. Baik dan cukup sopan... Suke cara die rawat aku...
Selepas die interview aku bak seorg wartawan dan seorg artis popular, die akhirnya blah dari sambil kata "Esok pagi saya datang lagi, saya nak buat pemeriksaan Hepatatis dan AIDS. harap awak bersetuju melakukan pemeriksaan tersebut" Seram sejuk aku dengar..bukan takot penyakit tu...tapi takot akan berdepan dengan jarum lagi.... Sejurus doktor sopan tu keluar, datang seorg jururawat pelatih masuk..bukan main ramahnya..buat aku rasa tak selesa..habis semua benda die nak tanye..dari status perkahwinan aku sampailah jumlah gaji dan saiz underware aku..pelik kan...

Lepak dengan nurse pelatih tu agak lama...So datanglah pelawat aku yang pertama..Die datang dengan begitu cantiknya...Orang paling cantik kat Dept aku..dan boleh disimpulkan paling cantik kat Media prima....Inilah orangnya...

Nurul Shuhada


Opsss...silap2..yang nie tak leh lawan budak pertama melawat aku lagi..die adalah.....

HELMI...RATU VIRTZ


Thanks Helmi sebab ko sudi jadi org pertama meh lawat aku..huhuh..siap bawak makana n lagi tu..dah la aku lapar..thanks... Tapi aku masa tu tak tau lak yang aku tak leh terima pelawat..Kesian helmi...tak leh masuk...Nurse yang lepak dengan aku tu tak izinkan..huhuh..

So malam aku pun bermalam kat atas katil wad ppum itu dengan begitu nyenyaknya...Around pukul 4 pagi..aku dikejutkan dengan lembaga putih kat sebelah aku.. Mengerikan...

Mula2 ingatkan hantu..Almaklumlah dok sorg2 dalam bilik yang besar itu..heheheh...rupanya Nurse yang baik hati..kejutkan aku untuk ambik tekana darah n suhu badan...serta bagi makan ubat...hehheheh..lepas tu aku sambung tido balik...

Esoknya aku sedar doktor masuk bilik...Doktor sopan itu...Tapi aku buat2 tak terjaga..sebab takot nak ambik darah..doktor tu siap kata "Awak tak yah nak buat2 tido"aahhahahaha potong stim tol doktor nie..wat malu jer... Bermulalah aktiviti pengambilan darah untuk kesekian kalinya..Sakit..6 botol penuh die ambik...Lepas tu die suntik ubat kat saluran air yang tealah diorg letak kat tangan aku sebelum ini...

berlalulah Hari pertama kat wad PPUM... Yang datang melawat Helmi, Daniel, Gaven, Bang Din dan Akak kesayangan aku....

HARI KEDUA.
Awal pagi aku bangun dan terus terkejar gi toilet..dan inilah hasilnya...

Sempat lagi aku snap pic nie walaupun tengah sakit.


Lepas batuk tu, aku terus ngadu kat doktor sopan...sekali lagi die kasi aku suntikan ubat... Terlelaplah aku buat beberapa jam selepas disuntik itu...

Dalam hari kedua aku takde dapat ramai pelawat..cuma dua orang jer...sorg budak rumah aku...datang tengahri sebab bawak duit untuk aku bayar kos rawatan..sebabnya esok aku nekad nak keluar wad..hehehe...

Malam lak Epul datang,Dalam pukul 9 die sampai..borak2 sampai la pukul 10.30 malam... hilang la jugak bosan aku neh..lepas die balik jer terus aku terlelap..takde lak Doktor sopan datang malam neh...baru nak bincang pasal kluar wad esok..hehehhehe

HARI KETIGA
Doktor datang dan bermulalah sessi perborakan yang mengambil masa agak lama iaitu 1jam.. perborakan berkisar tentang penyakit aku dan pengeluaran aku dari wad... Isi kandungan perborakan tak melepasi tapisan.. so tak dapat disiarkan... Doktor nasihatkan aku supaya sebelum aku balik aku pegi kedua jabatan di PPUM, iaitu bahagian dada dan juga bahagian mata untuk membuat temujanji yang seterusnya dan proses pengambilan ubat...

So pada bahagian dada, aku diberikan ubat dan dinasihatkan jgn sesekali tinggal makan ubat walaupun sekali..kerana effectnya sgt besar..dan dia ingin bertemu aku lagi dalam masa dua minggu dari sekarang... Oleh kerana ubat2 yang akan aku makan mungkin akan mengakibatkan aku rabun..jadi aku di sarankan pergi ke bahgaian mata untuk membuat temujanji...hasilnya...22, 11, 2010 adalah aku punya temujanji dengan doktor mata selepas ini..jam 9.30 pagi...

Sebelum aku berangkat balik, aku sempat berjumpa dengan doktor sopan..die memberi aku kad biru..dekat kad tu ada tulis aku punya temujanji sterusnya. 3.11.2010... untuk penjelasan hasil dari pemakanan ubat oleh aku.. so sebelum aku diberikan maklumat pada hari tersebut, aku diwajibkan melakukan x ray ke atas paru-paru aku. jadi sekeping lagi kad temujanji disertakan..huhuhuh..banyaknya temujanji.....

So segala urusan dah settle, nak balik!!! sms bebrepa kenalan rapat...semua keje...so aku terpaksa ambik teksi untuk balik kerumah..RM10 jer dari PPUM ke rumah...Sampai rumah aku rehat secukupnya..huhuhuh...Alhamdulillah aku dah bebas dari bilik kedap itu...



Tuesday, October 26, 2010

3 Hari 2 Malam..

Selepas dirawat di Kecemasan PPUM malam tu...Aku diberi surat untuk membuat rawatan lanjutan pada 18hb... Malangnya tiada siapa yang sudi menghantar aku ke PPUM pada hari tersebut...

So pada 19hb aku nekad pergi jugak..sebab batuk darah aku makin teruk...So seperti nekadku, 19hb aku sampai ke RUKA PPUM, number 0062, kira awal gak la aku sampai... Saatnya aku dirawat, Aku dah rasa lega bila doktor tak ambik jarum untuk suntik aku. Namun....dia suruh aku jumpa dengan staff nurse kat luar...Adoiya, lagi sekali sampel darah aku diambik... Tak cukup dengan itu aku disuruh untuk naik ke tingkat 1, jumpe dengan orang kat sane....Adoi adoi adoiya......lagi2 suntik... Kali nie aku disuntik di lengan kiri..bukan ambik darah...tapi masukkan sejenis cecair.. Sakitnya?? buat aku jerit..ahahaha akak situ gelak jer...

Dah darah dan diambik, Ubat pun dah disuntik, aku kembali berjumpa staft nurse yang pertama jumpa aku. Dia suruh aku hantar aku punya spesimen batuk kahak esok paginya....So berakhirlah rawatan susulan yang aku dapat pada hari itu...

Sampai dirumah, Aku batuk non stop. Sekali aku punya batuk darah kembali lagi... non stop sepanjang hari..memandangkan diorang nak aku punya sampel kahak, so aku simpan la dalam balang yang dibekalkan..semua 3 botol berisi kahak yang berdarah...

20.10.2010 (Hari hantar spesimen)
Terus masuk jumpe Akak Staft Nurse, kasi spesimen....Die pandang aku semacam. Kemudian die terus kasi aku sehelai kertas yang berwarna biru. Die suruh aku rujuk ke kecemasan sekali lagi..sebab sample yang aku bawak tu merisaukan die..Aduh...mesti nak suntik aku lagi neh!!!

Aku pun kembali ke Kecemasan PPUM, Jumpa Doktor Sofea...Doktor yang paling tak faham bahasa pernah aku jumpa.

Doktor : Awak sakit ape?
Aku : Batuk darah..bla bla bla...
Doktor : Saya akan ambik sample darah awak...
Aku : Doktor saya memang tengah mendapatkan rawatan disini.
Doktor : (tetap nak suntik aku)
Aku : sample darah saya dah diambik..untuk ape lagi sampel kali ini? saya sedang dapatkan rawatan disini.
Doktor : ( baru nak buka data pasal kesihatan aku kat pc die)
Aku : (dalam hati - bodoh punya doktor...dah banyak kali aku bagitau aku tengah dapatkan rawatan sini..tapi taknak bukak2 data aku)
Doktor : (bebel2 sorang) Awak tolong ke bilik number 13..

So masa tu baru nampak die belek2 data aku, x ray aku, etc... Tapi masih bebel2 dengan nurse yang lain...salahkan RUKA sebab menghantar aku ke wad kecemasan..
Aku di bilik 13 di pakaikan dengan alat2 besi kat dada, jari tangan, jari kaki.hoh??? macam kronik lak aku tengok.. Nak check aku ada sakit jantung ker tak. Sesudah tu, aku di panggil oleh doktor yang baru. Doktor pelatih kot.

Skang dari Doktor sofea yang tak faham bahasa itu, aku di check oleh doktor pelatin perempuan. Perkara pertama yang die nak buat, ambik darah nadi aku untuk tahu kandungan oksigen dalam darah.. Sakitnya, hanya Tuhan yang tahu..sampai hari ini sakit. Dah dapat darah, mesin nak analisa darah lak rosak..so die kata aku kene tunggu lagi dua jam untuk mengetahui keputusan.

Dipendekkan cerita, Aku dipanggil lagi sekali..kali ini doktor lain lak....persoalan2 yang same macam doktor2 sebelum ini. jawpan aku tetap sama gak. So kesimpulannya, aku ditahan wad.

Dari pukul 8pagi, sampai la 5.30 petang.. akhirnya baru settle rawatan aku hari itu. Diakhiri dengan kemasukkan aku ke wad U1216..



Monday, October 18, 2010

Mungkin Tuhan masih mahu aku teruskan hidup...

Macam biasa...pegi keje dengan sakit dada n batuk2...org asthma la kata :P kat opis banyak duduk kat kerusi jer..tahan sakit dada..taknak org perasan...hehehehe...orang buat lawak aku gelak gak..tapi gelak cover2....

Balik keje, janji dgn epul nak gi makan MCD..nak try Fries shaker ape tah..dengar kata sedap...so macam biasa la...epul tunggu kat depan Sri pentas jam 11...lepas keje terus gerak gi MCD...sampai situ..order dua resepi..hehehe..bubur ayam MCD ngan Fries mc shaker tu...so melantak la kitorg berdua...




DAlam MCD aku dah mula rasa tak sedap makan..so aku terus ambik angin lepak kat luar....dalam 3 minit aku masuk balik...duduk tak sampai seminit..rasa lain macam...so aku terus blah dari situ..Epul turut ikot blah...so menuju kerumah la maksudnya...nak singgah kat 7E sebab cadang nak beli panadol...lom sempat sampai panadol...aku batuk2...dan tanpa aku perasan ada darah kat tapak tangan...batuk tak henti...so suruh epul henti kete..nak turun muntah...Masyaallah.....Banyaknya muntah darah aku...saat tu aku rasa macam ada tak kene dgn paru2 aku..rasa macam die dah stop pam darah...lemah badan yang amat...Macam biasa, kalau ada masalah...org pertama aku cari adalah Daniel..call daniel..tanya mana aku nak gi...die suh aku gi hospital jer...Aku degil..suruh Epul hantar aku ke Klinik 24 jam TTDI...sampai kat sane...Klinik taknak terima aku..sebab muntah darah aku terlalu teruk....Terpaksa la telefon Along suh hantar kat PPUM...time nie aku dah rasa nyawa aku cuma tinggal separuh...aku rasa nak call semua org yang aku syg..tapi..aku taknak risaukan diorg lak nanti...aku terus rebahkan kat atas kerusi kete Epul..sambil tunggu Along...time tu aku tak leh berfikir dah..tak sedar apa yang berlaku...tibe2 aku rasa aku dah kat PPUM...

Dalam sejam kat situ..aku dah dapat bernafas dengan ok sikit...masa tu baru leh borak dengan Along...Lebih kurang 2jam lebih tunggu baru nama aku dipanggil untuk dapatkan rawatan...Doktor india la plak..dah la cakap pun aku tak faham...

Doktor : Awak sakit ape?
Aku : Muntah darah..
Doktor : Banyak mana muntah darah tu?
Aku : Banyak....
Doktor : saya tanye banyak mane!
Aku : (dalam hati..die nak aku jawab dengan mililiter ker ape neh?? aku takde lak sukat..urmmm) Lebih kurang satu mangkuk...
Doktor : ok saya akan ambik darah, Tambah air, X ray badan awak...
Aku : (semua pakai jarum neh...aduhhhh)
Doktor : saya punya shift dah habis...so nanti Kawan saya akan ambik alih ...
Aku : Senyum...

So bermulalah aktiviti menyuntik..amatlah sakit..aku tak suke...mula2 suntik lengan untuk letak air dalam badan...lengan sebelah kanan...Kemudian Lengan kiri lak die suntik ambik darah..huhuhuhu...Tak cukup dengan tu...doktor nie liwat aku dengan jarumnya kat bontot aku..TAK SUKE!!!!part paling sakit dan sedih...Dah suntik tu, die nak lepas tangan lak..suh aku gi jumpe doktor yang satu lagi..huhuhu..Destinasi seterusnya aku kebilik x-ray...kat sini aku dibogelkan dan suruh pakai kain pelikat diorg...siap tanye..."underware awak ade besi?" Ape die ingat aku nie penari bogel ker ape nak exsesori besi bagai...errr...

Last part...aku dibawa ke bilik tambah air...kat sini aku rasa tenang sikit...org2nya baik...doktor yang ambik alih pun baik jer...sambil air dimasukkan dalam badan aku, Doktor datang dan borak2...

Doktor : Awak dah lame dah sakit?
Aku : Lebih kurang sebulan doktor.
Doktor : Lama tu..awak tak dapatkan rawatan??
Aku : dah lebih 4 klinik swasta saya pegi..Tapi diorg cakap saya asthma..dah lebih rm500 dah neh habis (dalam hati - eh perlu ker aku mention benda ni??errr...malunya)
Doktor : Aha, awak memang ada Asthma, tapi effect dari situ awak ada jangkitan pada paru2..awak buat keje berat ker? maksud saya awak keje kat tapak binaan?
Aku : tak la doktor..saya keje opis jer...mengadap PC.
Doktor : Awak tidak merokok n minum arak kan?
Aku : Aha ...memang takde...
Doktor : Ok Soleh...Hasil dari pemeriksaan darah dan x ray, kami dapati ada jangkitan pada paru2 awak...(sambil bawak gi tengok x ray aku) hitam dibawah paru2 sebelah kiri awak, kemungkinan besar awak menghidap Broncitis.....jadi awak perlu datang lagi sekali pada 18hb untuk pemeriksaan lanjut...Mungkin juga penyakit ini datang lepas awak menghidap Asthma..ini kerana jika seorg penghidap asthma itu melakukan kerja berat...paru2 mungkin gagal untuk berfungsi seperti biasa...awak mungkin terlalu penat melakukan sesuatu..seperti berlari atau lain2..dari situ mengakibatkan paru2 gagal berfungsi.jadi awak akan sakit dada dan darah akan kluar dari batuk dan muntah awak...jadi disini saya nasihatkan jangan melakukan aktiviti yang mungkin buat anda rasa penat..sebab saya risau paru2 awak akan terus gagal berfungsi...
Aku : (tekun mendengar...nak nages pun ade..tapi aku senyum jer...)
Doktor : Harap awak datang untuk pemerikasaan lanjut...
Aku : i will (chewah..bercakap omputeh lak aku)

Lepas doktor tu blah...aku terus terfikir...takkan la sebab aku berjalan gi opis tiap2 hari tu leh buatkan paru2 aku gagal berfungsi...urm...

Dalam pukul 5.30 pagi semua dah settle... So nak balik rehat kat rumah la...balik jer rumah aku terus terbongkang...



Sunday, October 10, 2010

Aku takkan bersuara....

Sanggupkah kita menjadi beban untuk org lain???? Inilah persoalan yang bermain difikiran aku sekarang...Mungkin akan ada insan yang sudi menggalasnya bagi pihak anda..namun sanggup dan tegakah kita biarkan die menggalas beban itu sedangkan ianya milik kita??? Titisan air mata ini kalah lagi pagi ini.... Aku lebih sudi dan rela menggalas segala keperitan, kepayahan, kesakitan yang aku alami dari turut dirasai oleh org2 yang begitu ambik berat pasal diriku... Sudah cukup dan mewah kesakitan yang telah aku kongsi dengan mereka...cukuplah sampai disini... biarkan aku menangis sendirian sekali lagi....

“Ady...kenapa ady sekarang terlalu pentingkan diri..kedekut... Kenapa Ady nak tanggung masalah ini sorg2?? Apa yang diminta cuma sedikit senyuman dan kebahagiaan dari Ady... Tapi sedikit kepedihan yang Ady tanggung sikit pun taknak dikongsi...Akak benci ady..benci!!!” (air mata die mengalir...suara sekat2) aku tak mampu terkata...cuma diam seribu bahasa...

Sejak hampir dua bulan aku rasa sakit ini... Tapi apa yang aku pamerkan dimata tidak sederita didalam...Memang jika diamati, dilihat dengan mata kasar...aku masih sihat seperti insan2 lain... Bukannya ada penyakit yang kronik yang mampu buat hidup aku bertukar 100%...Namun rasa tersiksa ini sebenarnya sudah tidak tertanggung... Aku bayangkan apa la rasanya perasaan mereka yang menghidapi kanser atau penyakit2 kronik yang lain... Aku yang baru disahkan mengidap athma ini pun sudah tak tertahan .... Nafasku tersekat, Pandanganku Gelap, Dadaku sesak, Jasadku lemah....

Nengada kan aku?? hehheheheh..tapi kalau sape2 yang ada lelah macam aku gak...mesti korg dapat rasa apa yang sedang aku alami..dah la aku baru nak menjinakkan diri dalam bidang kelelahan ini...Berjalan gi opis pun dah rasa semput..Sampai2 opis terus suara jadi alternatif... Adoiya.....


Friday, September 17, 2010

Bila air mata ini berbicara......

Pernahkah kita rasa seperti berada disatu sudut yang terpencil...keseorangan...tanpa ada sesiapa yang sudi melihat mahupun menjeling sudut itu...????

Takkala itu..hanya titisan jernih dipipi yang menemani rasa kesepian itu.... berbicara tentang kesedihan...kesedihan rasa terbuang oleh insan yang selama ini kita rasa begitu bermakna dalam hidup...

Pernah dulu...Air mata ini berbicara tanpa henti atas sebab perkara yang sama...disangkakan ianya akan terus menyepi....namun ia berbicara lagi selepas 14 Sept 2010... Tanggal yang bisa membuatku terfikir betapa kebendaan lagi menjadi pilihan dari jasad jiwa seorg anak.....

Mungkin diri ini bukan anak yang terbaik dari anak2 yang lain..kerana akan sentiasa ada jurang itu...jurang antara aku dengan anak2nya yang lain..namun itu bukan salahmu....aku redha...tapi dalm keredhaan itu..air mata ini terus mahu berbicara...izinkan ia terus berbicara ibuku....kerana cuma air mata ini sudi terima aku seadanya....

Maafkan aku ......


Thursday, September 16, 2010

14 hb yang membuktikan keikhlasan dan kebendaan...


dah banyak minggu gak tak jenguk blog ni...
macam2 pergolakan terjadi..
dendam, sedih, benci, gembira, kecewa, terluka, terkilan....

14hb..tarikh keramat....tak tahu la aku nak tafsirkan..apa yang aku tahu..tarikh tersebut memang membuat hidupku berubah....

rakan2 terdekat mungkin perasan apa yang berlaku....

yang penting nasihat dari aku cuma satu...
jgn terlalu pentingkan kebendaan sampai org yang kita sayang hilang dari hidup kita....
bila sedar...saat itu sudah tidak bermakna lagi..kerana hati yang terluka pasti akan berparut terkesan tidak mudah untuk dilupa...


Wednesday, August 25, 2010

subuh ini terus biarkan jemariku bertatih....


Biarkan aku bercerita tentang dunia..tentang cinta..tentang teman..tentang kecewa..tentang terkilan..tentang derita...

Pernah...
Aku marasa lemah...
aku rasa aku perlukan bahu untuk bersandar...

Pernah...
aku merasa gembira...
Aku perlukan teman berkongsi tawa....

Pernah...
aku merasa marah...
Aku mencari kamu untuk merasa reda....

Pernah...
aku rasa tidak akan ada pernah lagi...
namun pernah itulah yang membuatkan aku
merasa pernah untuk kembali ke titik mula itu
namun aku takakn pernah biarkan semua itu kembali
kerna kamu pernah biarkan aku
dengan tanda tanya yang berulang kali
walaupun pernah aku rendahkan ego
yang belum pernah aku lakukan terhadap
kawan2 yang pernah menjadi temanku....

Mungkin salah faham..atau aku yang tersalah memahamkan kamu..
namun apa yang terjadi sedikit pun tidak pernah aku terlintas...
namun balasan untuk perkara yang tak pernah aku lakaukan itu akhirnya menjadi teman aku..

namun aku redha..
inilah ujian di bulan ramahan...
aku berharap mampu atasinya...tapi...
aku takkan PERNAH untuk terus mengingatinya...
kerna aku sudah penat merasa pernah.....


Friday, August 20, 2010

Kerana terluka....

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan...


Friday, August 13, 2010

Hal-Hal yang Membatalkan Puasa

Hal-Hal yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan Minum dengan Sengaja

Allah ta’ala telah berfirman :

وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتّىَ يَتَبَيّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمّ أَتِمّواْ الصّيَامَ إِلَى الّليْلِ

“Dan makan minumlah kamu hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam.” (QS. Al-Baqarah : 187).

Dari ayat tersebut bisa dipahami bahwa puasa adalah menahan diri dari makan dan minum. Apabila orang yang berpuasa makan dan minum, berarti ia telah berbuka. Jika ia lakukan dengan sengaja, maka jelas hal ini membatalkan ibadah puasa. Adapun jika seseorang makan dan minum karena tidak sengaja (lupa), maka hal ini tidak membatalkan puasa. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه

“Barangsiapa yang berpuasa, kemudian ia lupa makan dan minum, hendaklah ia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah ta’ala telah memberikan makan dan minum kepadanya” (HR. Al-Bukhari no. 1933 dan Muslim no. 1155; ini adalah lafadh Muslim).

2. Muntah dengan Sengaja

Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

من ذرعه قيء وهو صائم فليس عليه قضاء وإن استقاء فليقض

“Barangsiapa yang muntah dengan tidak sengaja dalam keadaan berpuasa, maka tidak ada qadla’ baginya; dan barangsiapa yang muntah dengan sengaja, maka ia harus mengqadla (puasanya)” (HR. Abu Dawud no. 2380, At-Tirmidzi no. 720, Ibnu Majah no. 1676, dan Ahmad 2/498; ini adalah lafadh Abu Dawud. Lihat Shahih Sunan Abu Dawud 2/63).

3. Haidl dan Nifas

Apabila wanita kedatangan haidl dan nifas di siang hari bulan Ramadlan, baik di awal maupun di akhir, maka ia harus berbuka (batal puasanya) dan mengqadlanya (menggantinya) di hari lain. Jika ia tetap puasa, maka puasanya tidak sah.[11]

Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam :

تمكث الليالي ما تصلي وتفطر في رمضان فهذا نقصان الدين

“Dia (wanita) berdiam diri beberapa malam tidak shalat, dan berbuka puasa Ramadlan (karena haidl), maka inilah kekurangan agamanya” (HR. Muslim 79).

Diriwayatkan dari Mu’adzah ia berkata :

سألت عائشة فقلت ما بال الحائض تقضي الصوم ولا تقضي الصلاة فقالت أحرورية أنت قلت لست بحرورية ولكني أسأل قالت كان يصيبنا ذلك فنؤمر بقضاء الصوم ولا نؤمر بقضاء الصلاة

Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah. Aku katakan,”Bagaimana dengan wanita haidl, ia mengqadla puasa namun tidak mengqadla shalat?”. Aisyah menjawab,”Apakah kamu seorang Haruriyyah (Khawarij)?”. Aku menjawab,”Aku bukan Haruriyyah, tapi aku sekedar bertanya”. Aisyah berkata,”Kami pernah mengalami begitu. Lalu kami diperintahkan untuk mengqadla puasa dan kami tidak diperintahkan untuk mengqadla shalat” (HR. Muslim no. 335).

4. Infus Makanan

Yaitu memasukkan zat-zat makanan ke dalam tubuh seseorang melalui infus sebagai pengganti makan kepada orang yang sakit. Ini termasuk perkara yang membatalkan puasa; karena infus tersebut mengandung zat makanan[12] yang dapat membuat badan tidak lemah sebagaimana keadaan orang yang sehat.

5. Jima’ (Berhubungan Badan).

Hal ini berdasarkan dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah. Imam Asy-Syaukani rahimahullah dalam kitab Ad-Darari Mudli’ah (2/22) berkata,”Tidak ada perbedaan di kalangan ulama bahwa jima’ membatalkan puasa, apabila terjadi dengan sengaja. Apabila terjadi karena lupa, sebagian ulama’ mengkatagorikannya termasuk (dalam hukum) orang yang makan dan minum karena lupa”.

Yang rajih dalam permasalahan ini adalah pendapat yang menyatakan tidak membatalkan puasa (jika jima’ tersebut dilakukan tanpa sengaja/lupa).[13]

Dalil dalam Al-Qur’an terdapat dalam QS. Al-Baqarah ayat 187. Adapun kaffaratnya (tebusannya) dijelaskan dalam Sunnah Rasululah shallallaahu ‘alaihi wasallam dari hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu :

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال هلكت يا رسول الله قال وما أهلكك قال وقعت على امرأتي في رمضان قال هل تجد ما تعتق رقبة قال لا قال فهل تستطيع أن تصوم شهرين متتابعين قال لا قال فهل تجد ما تطعم ستين مسكينا قال لا قال ثم جلس فأتي النبي صلى الله عليه وسلم بعرق فيه تمر فقال تصدق بهذا قال أفقر منا فما بين لابتيها أهل بيت أحوج إليه منا فضحك النبي صلى الله عليه وسلم حتى بدت أنيابه ثم قال اذهب فأطعمه أهلك

Seseorang pernah datang kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam seraya berkata,”Aku telah binasa, wahai Rasulullah”. Beliau bertanya,”Apa yang telah membinasakanmu?”. Ia menjawab,”Aku telah menggauli istriku di (siang hari) bulan Ramadlan”. Beliau bertanya lagi,”Apakah engkau mampu memerdekakan budak?”. Ia menjawab,”Tidak”. Beliau bertanya lagi,”Apakah engkau mampu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?”. Ia menjawab,”Tidak”. Beliau bertanya lagi,”Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?”. Ia menjawab,”Tidak”. Orang itu pun duduk. Lalu Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam dibawakan satu wadah kurma kemudian beliau bersabda,”Sedekahkanlah dengan kurma ini”. Ia berkata,”Kepada orang yang lebih miskin dari kami ? Tidak ada satu keluarga di tempat ini yang lebih membutuhkan daripada kami”. Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam tertawa hingga nampak gigi taringnya. Beliau bersabda,”Ambillah, dan berikanlah sebagai makanan untuk keluargamu” (HR. Al-Bukhari no. 1936, Muslim no. 1111, At-Tirmidzi no. 724, dan lain-lain; ini adalah lafadh Muslim).

6. Niat untuk Membatalkan Puasa.

Jika seseorang berniat dan bertekad untuk membatalkan puasa secara sengaja dan dalam keadaan sadar bahwa ia sedang berpuasa, maka puasanya batal walaupun ia belum makan ataupun minum. Hal itu didasarkan oleh sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam :

لكل امرئ ما نوى

“Setiap orang hanya akan mendapatkan sesuai yang ia niatkan” (HR. Al-Bukhari no. 1, Muslim no. 1907, dan yang lainnya).

Ini adalah madzhab Asy-Syafi’i, dhahir madzhab Ahmad (bin Hanbal), Abu Tsaur, Dhahiriyyah, dan Ashhaabur-Ra’yi.[14]

7. Keluar dari Agama Islam (Murtad).

Tidak diketahui adanya perbedaan pendapat di kalangan ahli ilmu akan hal ini, bahwasannya siapa saja yang murtad dari Islam di tengah ia menjalankan ibadah puasa, maka puasanya itu menjadi rusak dan batal. Ia harus mengqadlanya jika ia kembali memeluk agama Islam. [15]


Wednesday, August 11, 2010

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan


SElalunya aku banyak bercerita pasal kisah hidup aku..hari nie sempena pertama puasa..aku nak berkongsi tentang "Amal Ibadah di Bulan Ramadhan"

untuk renungan kita bersama....

Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakqa.."

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


Keutamaan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.


Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya.
Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa.
Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna didunia dan diakhirat.


Tuesday, August 3, 2010

Puasa, Raya, Kawen, Honeymoon

Baru jer seminit yang lepas aku dapat panggilan dari seoragng kawan sekedahan aku :)
die ada tanya pasal bisnes n yang paling penting die tanye pasal perkahwinan aku pada raya ke5 ni...urm...

Bulan nie dah nak puasa...aku kalau puasa dah sah2 bajet oevr limit..huhuuh..selalunya org lain kalo puasa mesti akan dapat berjimat..huhuhhu..mana taknya..aku kene beli baju raya lagi, duit raya kat anak-anak, sebab tahun nie aku akan beraya kat kampung setelah 3kali tak beraya dikampung nan indah permai....huhuhuuhu...
Puasa kali nie harap lebih bermakna dari puasa2 yang sebelum2..insyaallah...banyak benda yang nak kene buat untuk ramadhan kali nie..huhuuhhu


Raya lak....tahun nie bercuti panjang...harap bermakna la cuti kali ini..persiapan raya mybe akan kurang berbanding persiapan perkahwinan... Pasal kawin..ramai yang cakap aku sengaja wat gimik..atau propa..
Satu jer nak sebut..tunggu jer pada hari yang aku katakan..kalau yang berdekatan tu...dipersilakan datang...kat KAMPUNG KENANGA, JALAN KUBUR PANJANG, 06760 ALOR STAR, KEDAH...



Lepas raya lak ada masa sebulan untuk kumpul duit..nak kene honeymoon kat Langkawi lak..huhuhuuhuh..arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..♫♪♫ duit2 dimana kau duit ♫♪♫... plan nak gi Phuket jer...bajet lak larik..so pilih destinasi Malaysia jer..kat Pulau Lagenda..Langkawi..huhuhuhu




Monday, July 26, 2010

Bukan Dipaksa II


SEandainya aku berkata2 lain pula tafsirnya..serta penerimaan...

Kadang-kadang terterpaksaan buatkan kita melakukan sesuatu untuk menjaga hati org sekeliling kita..namun keterpaksaan itu disalah ertikan...hingga apa yang kita lakukan itu seakan2 terpesong jauh dari prinsip idup yang selama ini kita teguh berpegang padanya...namun atas dasar sayang..semua prinsip jadi perkara kedua....

Hanya Ilusi Dapat Menyatukan Langit Dan Bumi...aku masih kuat hidup dalam prinsip ini...takkan aku lupakan..mulai hari ini aku akan kembali pegang teguh apa yang sejak sekolah menengah aku tanam dalam diri aku...takkan aku lari lagi dari prinsip ini...kerna makin hari aku rasa aku bukan jadi diriku sendiri..aku banyak mengalah dan terus mengikut kehendak org lain..sampai aku lupe apa yang betul2 aku perlukan dalam hidup ini....

Saat- saat begini aku terbayang wajah2 org yang amat aku sayang... tika susah dan senang..mereka inilah yang banyak menolongku..tak pernah ingin memaksa aku....kerana mereka faam akan sifatku..aku tak pernah memaksa mereka untuk memahami aku..tapi keterbiasaan yang memaksa mereka mengenaliku dgn begitu dalam...maaf aku hulurkan jika aku belum betul2 mengenali kalian....

Najah...aku tak sekuatmu...dengan sedikit masalah aku terus tumbang...aku tak seteguh hatimu..yang sentiasa tekad dengan apa yang kau lakukan...ajarlah aku untuk sekuat mu..aku perlukan nasihat ikhlasmu...aku belum cukup kuat untuk menjadi seorg yang mampu berdiri di muka bumi yang penuh dugaan ini..najah..aku rindukanmu...najah......

Aida...selalu masalahku kau akan terlibat secara tersendiri...selalu kau akan akhiri dengan gelak tawa...itulah kelebihan yang tak sape 2miliki kecuali diri ko..aku tak faham kenapa org lain yang aku sayang tak ada sifat macam yang kau miliki...
aku amat kagum...aku bersyukur kau mampu bersabar dan bertahan dengan sikat=pku yang sentiasa berubah2 ini..thanks aida adlina adit..aku sayang ko....

Daniel, Will, Abg Nizam (AJ), Along , angah....ady sekali lagi kalah dengan emosi...ady tak tahu kenapa selalu sgt rasa marah menguasi diri...andai kata ini berlarutan...cuma secebis doa agar ady leh tenangkan diri dalam masa terdekat....ady sayang abg2 semua...sayang sangat2...

Helmi ko selalu alert dengan apa yang apa yang bakal aku buat..harap kali nie ko leh tau ape yang kana aku lakukan..sebab aku sendiri tak pasti dengan apa yang mendatang..aku dah tak nampak apa2 dihadapan..yang aku nampak skang cuma satu cahaya gelam..namun terdetik ada satu titik cahaya dihujung kegelapan itu...

Arwah....rindukanmu...terlalu.......al fatihah...takkan ada lagi kekecewaan selepas ini...moga rohmu dicucuri rahmat....

yang lain2...jangan terlalu bersikap mendesak...kadang2 percayalah...membisu itu lebih baik dari bersuara..kerana tidak semua org boleh terima setiap apa yang dijelaskan...

**langkah jejari makin layu dan tak selincah semalam...kerana jmari ini sudah hilang rentak yang ingin dilakarkan...


Friday, July 9, 2010

aku dan facebook :)



aku dah delete facebook aku...sampai la satu tahap nanti...aku nak tunggu ketika aku sesuai balik bersiaran melalui facebook aku...aku dah tetapka satu ketika untuk aku on balik fb aku nanti...cuma ada seorang yang tahu bila itu...sebab aku dah berbowrak lanjut dgnnya...tapi dia kata aku tak rasional..ahahahah...lagi la bila aku nie memang seorg yang tak leh lepas dari fb sebelum2 ini... ahahahaha..aku akan buktikan apa aku kata :P ingat tu aida :P aku harap aku leh tunaikan apa yang aku kata :P

siap ada yang betting pasal aku akan bukak balik fb neh...konon2 nak belanje fb kalo aku masih tetap pendirian nak delete fb tuh :P

ada gak dua tiga org tanya kenapa aku delete fb..buat masa nie biar aku jelah tahu..sebab aku buat semua nie lepas fikir masak2...meskipun aku akan rindukan semua kawan2 fb aku tuh...sekurangnya aku lihat benda ini dari sudut positif...

hidup aku skang agak terisi dgn org yang aku sayang....namun dah dua bulan tak balik tengok syakir..rindunya kat dia...ahahahahahaha....insyaallah isnin nie lepas final world cup aku akan gerak balik melaka :P

Sebut pasal my love....semakin hari makin rasa sayang..hubungan ni terlalu buatkan aku rasa bahagia...macam2 dah aku lalui bersama sepanjang dua minggu dengan die..suka, duka, gembira, kecewa, sedih...semua itu rencah dalam hubungan..aku terlalu sayangkan dia...i love u dear....

pasal keje..urm yang paling kritikal...aku perlu lakukan sesuatu..aku takkan biarkan aku tertindas dek keran sifat membeza2kan kaum...aku benci bos aku..benci sgt2....alasan yang tak leh terima dia berikan....so memang aku mencari jalan untuk aku terus tinggalkan tempat keje skang....mudah2an ada ruang baru untukku..sama kita doakan...aminnnnnnnnnn

pasal org sekeliling aku....semua masih aku syang...aku rasa skang makin ramai kawan2 aku..aku syang semua kawan aku ...love u all verry much!!! tapi jujurnya aku rindu nak spend masa dengan korg semua....jumpe malam final nanti!!!!!!! pusing pusing pusing~~~~ (spain)

Pasal kewangan...yang nie paling memeningkan aku sejak 2-3 bulan neh...fuhhh..mampos aku kalo terus macam nie....nak cari partime job..tapi keje skang tak mengizinkan..sebab aku kan keja shift T_T kalo tak...leh gak aku wat keje tambahan..wat tambah duit makan aku :P takde la nak mintak2 simpati org lain :) thaks sgt2 kat yang sudi belanje aku makan :)


Thursday, June 24, 2010

psttttt..post nie untuk sorg budak pompuan yang TUTTTTTTTTTT

merujuk kepada tajuk..malas nak carut lebih2..ahahahahha..tapi yang pasti ada sorg follower kat sini yang macam psyco..harap semua org maafkan die eh..die tu otak tak centre sikit..ahahaha..kesian die..die tuh dah gatal sgt nak kenal laki..so bila aku tak layan ade la kata2 nista kluar dari dia..memang memalukan..lepas nie ape je die nak kata..aku nak biarkan jer..sebab... ADA AKU KESAH!!! AHAHAHHAAHHAHAHAHAAH


Thursday, June 17, 2010

Tika kau resah yang gelisah T_T

Hari nie macam2 pergolakan terjadi.....
diakhiri dgn sedikit rasa bersalah...
tika kau susah...diriku tiada disisi...
maafkan aku....aku harapkan dgn kehadiran aku mampu kurangkan gelora dijiwamu..namun...maafkan aku..


Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu.....


Wednesday, June 16, 2010

Dua Hari Bersamamu....


Walaupun tak bertemu muka....walau hanya dgn pesanan ringkas....ia dah cukup buat aku rasa begitu tenang....setenang aliran alur air dikali..yang tak kelihatan berkocak pada permukaannya....

Aku sudah penat dengan perasaan di tolak atas nama cinta..tetapi aku tak kalah dengan rasa ingin disayangi ini..aku kumpul sisa-sisa yang masih terbaki disekeping hati ini... aku pada mulanya ingatkan aku boleh diterima seadaannya oleh insan jelapang padi..namun...aku dapat rasakan dia begitu jauh dgn aku..yang hadir bukan nama kasih..tah la...mungkin aku tersalah menilai..namun aku lebih rela melihat dirinya bahagia dgn isan yang ingin disayanginya....

dalam dua tiga hari nie gak..aku diganggu oleh seorg perempuan cina yang psyco.. tah ape die nak dari aku pun tah la...memang psyco tahap dewa la...peminat yang terhina kot..tak mahu mengaku siapa dirinya...dah sah2 gila bila mudah2 jer maki aku sebab aku tak layan die punya msj...macam ini punya olang pun ada ka???? dan aku yakin aku punya entry yang nie pun akan dia komen dgn hinaan..tapi " ada aku kesah???"" :P

Malam nie jugak akau rasa yang amat bahagia...aku rasa aku selesa dgn apa yang sedang aku lalui skang..aku mudah jatuh cinta..tapi kali ini aku harap ianya berkekalan....entry sebelum2 nie akan aku biarkan...biar ia menjadi satu sejarah aku yang tak ternilai..kisah hidupku yang aku lalui...


Sayang...percayalah.....kasih sayang ini takkan ada tepian..semaunya seperti lautan yang penuh dgn cinta dan kasih sayang yang penuh ikhlas...andai kata lauatan ini kontang..akan aku pastikan cinta dan sayang ini akan berpindah di gunung ganang yang mekar....dan akan sentiasa dibajai dgn kesetiaan ini..percayalah...aku terlalu cintakanmu...cinta ini akan aku pastikan kau berada dalam keadaan selamat...


sayang... aku akan sentiasa bersamamu setiap saat dan ketika..ketika kau mahukan aku disisi..bahkan tika kau tidak inginkan aku berada disisi..aku akan sentiasa bersamamu...aku cuma mintak kejujuran...andai ada derita yang ingin dialaskan atas bahuku ini..izinkan aku menggalasnya...biarlah beban itu seberat muatan kapal tanpa hadnya..namun akan aku cuba galasnya....namun, jika kau ingin berikan aku sedikit kebahagiaan..akan aku terus siram dan baja agak kebahgiaan yang mulanya kecil menjadi besar dan terus kembang mekar...

aku tak pernha rasa sebegini lain...melainkan sejak aku kenal dirimu....aku memohon agar kasih sayang yang mula kita semai ini tak dicemari dgn penipuan dan kecurangan..kerna kau bisa mati tanpamu...aku cintakan mu....




Sunday, May 30, 2010

Nothing to do......









Wednesday, May 26, 2010

Banyak kali buku baru dah dibuka...ahahahah (26.05.2010)

Kadang2 aku rasa kelakar lak dengan hidup yang aku corakkan ini..ahahahah..mana taknya, aku slalu kata "start hari ini aku nak bukak buku baru" berkali2 dah ulang ayat yang sama...tapi buku tu masih dari rentetan kisah buku yang lama..

Awal pagi nie aku dah sampai opis seawal 5.48 pagi..keje, keje, keje.... Standby untuk rancangan awal pagi.... Hot.fm am Crew (8tv).... Tanyalah Ustaz(tv9)..... Malaysia Hari Ini(tv3).... Hi-5(ntv7)....

Malaysia Hari Ini (MHI)


Tanyalah Ustaz (TV9)


Hot.Fm Am Crew (8tv)


Hi-5 (ntv7)


Hari nie lak program terakhhir yang akan dihandle adalah celebrity chat at 8tv :) live show....hari nie chinese c.c...urmmm....
Celebrity chat


Moga hari ini lebih indah dari hari-hari sebelumnya.... Esok lak cuti.... Housemate ajak gi wat passport...dia siap wat research lagi step by step nak wat passport....memang dia neh kuat berusaha... Nak gi World cup Africa!!! housemate belanje!!! :P

Passport warga malaysia nak kluar tengok dunia :P


Destinasi aku seterusnya :P

ahahahahaahah...kalau la betol kan leh gi Africa tuh tengok world cup :P Hari tu tengok jer 12 pemenang yang akan diterbangkan ke Africa bagi menyaksiakn world cup kat lobby Sri pentas..senyum sorg2 jer tengok diorang tuh menang~~~ So berangan jelah nak gi sane!!!!


Saturday, May 15, 2010

SEPI....


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam
Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam


Tuesday, May 11, 2010

Bukannya Dipaksa.....

Berhenti dari membelek blog ni dalam dua tiga minggu gak la...Dalam tempoh tu, banyak benda yang terjadi...suka duka...gelak tawa..tangis sendu..semuanya silih berganti...Dalam tempoh dua tiga minggu nie..ramai yang bertanya pasal cuti aku yang panjang...Dan salah satunya tersebar pasal aku bertunang.. :) jujur aku kata kat sini..jika aku bertunang, aku takkan sebarkan kepada sesiapa....biar la tiba hari nak akad nikah..masa tu baru la aku betul2 umumkan...bukan taknak kongsi berita gembira..tapi aku cuma mengikut saranan seorg ustaz..Dan insan yang dikatakn bertunang dgn aku adalah Shahira...sejauh mana kebenaran??? aku family kedua pihak dan Tuhan saja yang tahu :)


SEpanjang seminggu bercuti...macam2 yang aku buat..Dua hari pertama...aku habiskan masa bersama buah hati intan payung aku ..Syakir....Syakir skang makin nakal..tah la nape la jadi macam tuh..kata kita bukan nak didengar dah...Dia jatuh basikal..lututnya habis kene sagat dgn tar jalan..tapi jerit kejap jer...mana taknya..org penguat semnagtnya dah ada kat sisi..heheeheh...masuk pertandingan baju bergam budak tuh...Alhamdulillah..berkat apa yang abahnya belikan..hehehhe..jadi la juara pakaian beragam....Mula2 tuh memang loghart jugak la dia tuh nak pakai ketiga2 baju yang aku belikan...akhirnya...melekat baju tiger da pooh jer.. :P


Mula2 muke taknak pakai...hehehhehe



Akhirnya..heheh..comel...sama comel...


Malam pengumuman kemenangan syakir, aku terus bertolak balik kedah...yang nie yang paling sayu...Perancangan awal nak singgah kat satu destinasi..tapi last minit terpaksa cancel..tapi takpe..dapat singgah kejap pun jadi la :) sampai rumah terus buat apa yang perlu...hari pertama kat kedah memang amatlah penat..huhuhuhu...lewat malam baru free leh tengok hdset ngan terus terlelap :)

Hari Kedua dikedah, pagi pegi City Plaza ngan Pekan Rabu...City Plaza pi jumpa geng2 KEDA yang bersemnagat kesukanan :P main bowling..heheheh... Pekan Rabu lak beli barang2 yang dah kawan2 pesan....

Balik tu, aku terus lepak jer kat dusun..tenang sgt2...mujur aku balik kali nie durian dah berbuah..dan buahnya dah pun jatuh..la la la..so ada la change aku makan durian yang banyak cuti kat kampung kali ni :P hepi :P


Banyak kan buahnya :P



Buah yang bakal ditelan :P


Puas hati gak la balik kampung kali ni... Tapi..macam biasa la...kalau balik kampung...insan yang bermain didalam fikiran aku...Fuh....aku takkan lupakan segala kenangan bersama...

Aku izinkan kau pergi....



Friday, April 23, 2010

Thanks for the nice poem T_T

Tika begini nafas ku ,
Umpama di leher,
Waktu begini diriku,
Umpama jejak nelayan,
Di gigi pantai nan biru,
Yang bisa hilang ,
Setiap kali di hempas ombak.
Tika begini………….
Terpaksa ku relakan
Sebuah tangisan tanpa melodi,
Yang mengiringi perpisahan ,
walaupun tanpa izin ku
saat begini ………
mengertilah wahai temanku
usahlah kau membenci ku,
usahlah kau………membenciku..
terlalu lama,
pada satu kemungkinan
yang pasti akan berlaku,
sebaliknya senyumlah
di hujung tangisan ku,
moga engkau tahu
rahsia di sebalik perpisahan ini
juga moga engkau tahu menerima hakikatnya
yang sebenar…………


Friday, April 9, 2010

Puaskah?????

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku

Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku


Hati dan perlakuan tak sekata~~~

Hatiku...ingin bersamamu~~~
namun aku menjauhkan diri..
sejauh ilusi bersama reality...
makin jauh makin aku merana...
tersiksa batin dan naluri....


titsan dedaun umpama tangisanku dipagi ini

Hari ini..emosi aku agak bercampur...lepas keje aku masih terbayang peristiwa malam tadi...rasa dipermainkan oleh insan yang aku mula sayang...segalanya macam musnah sekelip mata..Air mata tak mampu ku bendung takkala sms ucapan selamat pagi masuk ke handphone aku...sengaja aku tak mahu membalasnya...kemudian sms susulan masuk..bertanya kenapa aku tidak membalas sms yang di hantar...aku tetap berdiam..sambil linangan air mata membasahi pipi tanpa aku sedar...sms ketiga masuk menyatakan dirinya sudah tahu punca aku berdiam diri..kekuatan aku belum cukup untuk aku balas...aku biarkan..sehingga terlelap mata...bangun tido...ada dua tiga msj masuk...tapi tiada satu pun dari dia...adakah dia sudah tak tahan dgn sikap aku??? terus aku menghantar sms menyatakan apa yang aku rasa dgn tindakan yang die dan rakan baiknya lakukan..tapi dari cara die membals..aku nampak die macam membela rakannya berbanding aku..cukup terkilan...jadi aku diamkan aja...sehingga la aku membawa emosi terluka ke pejabat..tapi luaran aku tetap nampak kental :)

menjelang 11 malam...sms ucapan selamat malam masuk ke hdsetku...hati riang bercampur sedih...haruskah aku membalas??setelah aku nampak siapa yang menjadi pilihannya...aku kuatkan diri...membalas ucapan selamat malam itu...waluapun hati masih terluka...

Mujur ada teman baikku menjadi peneman malam ini...aida...aku mintak maaf sebab dah ketepikan ko dalam dua hari ini...kalau nak tau..ko jugak selalu buatkan airmata aku mengalir..sebab ko terlalu setia bersamaku..suka duka ko sentiasa ada bersamaku...maafkan aku...saat macam nie jugak aku teringat Abg aku...Daniel n will..yang banyak bersamaku ketika susah senang..namun aku tidak mahu lagi susahkan dgn penderitaaan aku...Abang AJ...terlalu banyak perkongsian antara kita...terima kasih atas segalanya...

Jemari ini seperti mahu meneruskan taipan..namun aku rasa cukuplah disini saja dia menari tak berirama...titik nokhtah berhenti disini malam ini...harap akan ada lagi titipan untuk malam2 yang seterusnya.....


Wednesday, April 7, 2010

Sepi seorang perindu....

Andai aku biar jemari ini terus menatih....pasti akan terbongkar semua kisah kehidupan..kehidupan yang tak mungkin aku rungkaikan dgn kata2....namun, aku biarkan jua semuanya terbuku dihati...biarlah apa yang aku rasa pada ketika ini aku simpan..biar dia dan aku yang tahu apa yang sedang berlaku...Ya Allah...kenapa rindu dihati ini makin hari makin menebal...??

Aku tak pasti dgn apa yang berlaku...salahkah insan seperti aku ingin rasa disayangi? salahkah insan seperti aku ingin dibelai?? aku jua seperti insan2 yang lain..punya hati dan perasaan ..adakah aku seorg yang merasa apa yang aku rasa ketika ini..atau dirinya turut merasa???



Ketika ini...lagu ini yang sering aku ulang berkali2...aku tak kisah lagi dikata mat jiwang etc..tapi aku yakin dengan apa yang aku rasa sekarang...

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti


Tuesday, April 6, 2010

3 Hari 2 Malam di Desaru...(berita bergambar)

Tanggal 1 April 2010, seperti yang telah dirancang..aku dgn Daniel n will gerak seawal 4pagi menuju ke Johor~~~ sempat buat panggilan hangit kat Helmi...seperti biasa, individu yang bertanggungjawab memandu adalah :

Daniel :P



Sepanjang perjalanan aku tido jer...sampai hentian aku bangun..lepas tu sambung tido balik..huhuuhuhuhuh...

Sampai Desaru around 1pm...selepas tolak waktu makan n sedikit sesat :P Masa dalam kete nak cari tapak khemah, terlihat chalet yang chantek ni....apa lagi...terus booking la..semangat camping terus bertukar menjadi semngat berchalet :P


Dah booking chalet...tiba masa nak pindah barang2 yang kami bawak masukkan dalam rumah..hahahahahha..menyiksa gak la..tengok jelah barang2 yang kawan aku bawak..hahahah..macam nak pindah rumah...

peti ais sebelum diisi barang-barang...




selepas diisi oleh barang-barang..hahahahhaha...panas jer kan korg tengok..macam2 ado....



Selepas semua barang dah dipindah kedalam chalet nan comel...kami bergegas ke tepi pantai...agenda mendirikan khemah bermula :P nak jugak berkhemah walaupun pihak pengurusan chalet macam tak nak kasi..heheheheh...hasilnya..tada.....khemah yang siap dibina oleh kitorg :P


Khemah dibina berhadapan pantai..fuh!!!




sempat berposing depan khemah....



Senja mula memanggil..perancangan malam nie nak b.b.q...so dgn kerjasama seperti disarankan oleh wonderpets..kitorg pun bertungkus lumus menyalakan unggun api dan bakar arang ....tengah yang lain sibuk nak buat semua tu..aku sempat lagi ambik gambar2 yang menarik..hehehehhehe


pelita minyak tanah...




Will dan Daniel sibuk bakar arang untuk B.B.Q




Proses B.B.Q bermula...



Hasilnya...taraaaaaaaaaa...sedap....



Dah penat2 B.B.Q dan perot dah kenyang..mula la tilam memanggil..so dgn cepatnya aku melelapkan mata..huhhuhu..mana taknya..penat sgt2 :P

Hari kedua pulak...awal pagi aku dah bangun...lepak tepi pantai..konon2 layan perasaan..hahahahah...aku rasa aku macam ombak kat desaru..sentiasa perlukan pantai untuk menghempas badainya....



hari kedua penuh dgn aktiviti meronda..antara yang kami buat... pusing area desaru...kluar cari makan....mandi pantai...main layang2 :P ...go kart..main tanam2 dalam pasir...kutip lala...hari kedua jugak Anak Jawa datang join..tu pun lewat petang baru sampai..pesan kat die suh beli ikan temenung :p mati die tak faham :P

antiviti yang dilakukan dihari kedua::

pusing2 tengok pantai..




Main layang2...




Go kart...




main timbus2 org yang ada perot... :P




main buai laju2....




kutip lala...


macam2 lagi aktiviti yang dilakukan...aktiviti berterusan sampai kemalam...


Hari ketiga, check out dan terus balik ke Kuala lumpur..uhuuhuh..pengalaman indah ini takkan terlupakan :) thanks kat semua... Daniel, Will ngan Abg Jawa :)