3 Hari 2 Malam..

Selepas dirawat di Kecemasan PPUM malam tu...Aku diberi surat untuk membuat rawatan lanjutan pada 18hb... Malangnya tiada siapa yang sudi menghantar aku ke PPUM pada hari tersebut...

So pada 19hb aku nekad pergi jugak..sebab batuk darah aku makin teruk...So seperti nekadku, 19hb aku sampai ke RUKA PPUM, number 0062, kira awal gak la aku sampai... Saatnya aku dirawat, Aku dah rasa lega bila doktor tak ambik jarum untuk suntik aku. Namun....dia suruh aku jumpa dengan staff nurse kat luar...Adoiya, lagi sekali sampel darah aku diambik... Tak cukup dengan itu aku disuruh untuk naik ke tingkat 1, jumpe dengan orang kat sane....Adoi adoi adoiya......lagi2 suntik... Kali nie aku disuntik di lengan kiri..bukan ambik darah...tapi masukkan sejenis cecair.. Sakitnya?? buat aku jerit..ahahaha akak situ gelak jer...

Dah darah dan diambik, Ubat pun dah disuntik, aku kembali berjumpa staft nurse yang pertama jumpa aku. Dia suruh aku hantar aku punya spesimen batuk kahak esok paginya....So berakhirlah rawatan susulan yang aku dapat pada hari itu...

Sampai dirumah, Aku batuk non stop. Sekali aku punya batuk darah kembali lagi... non stop sepanjang hari..memandangkan diorang nak aku punya sampel kahak, so aku simpan la dalam balang yang dibekalkan..semua 3 botol berisi kahak yang berdarah...

20.10.2010 (Hari hantar spesimen)
Terus masuk jumpe Akak Staft Nurse, kasi spesimen....Die pandang aku semacam. Kemudian die terus kasi aku sehelai kertas yang berwarna biru. Die suruh aku rujuk ke kecemasan sekali lagi..sebab sample yang aku bawak tu merisaukan die..Aduh...mesti nak suntik aku lagi neh!!!

Aku pun kembali ke Kecemasan PPUM, Jumpa Doktor Sofea...Doktor yang paling tak faham bahasa pernah aku jumpa.

Doktor : Awak sakit ape?
Aku : Batuk darah..bla bla bla...
Doktor : Saya akan ambik sample darah awak...
Aku : Doktor saya memang tengah mendapatkan rawatan disini.
Doktor : (tetap nak suntik aku)
Aku : sample darah saya dah diambik..untuk ape lagi sampel kali ini? saya sedang dapatkan rawatan disini.
Doktor : ( baru nak buka data pasal kesihatan aku kat pc die)
Aku : (dalam hati - bodoh punya doktor...dah banyak kali aku bagitau aku tengah dapatkan rawatan sini..tapi taknak bukak2 data aku)
Doktor : (bebel2 sorang) Awak tolong ke bilik number 13..

So masa tu baru nampak die belek2 data aku, x ray aku, etc... Tapi masih bebel2 dengan nurse yang lain...salahkan RUKA sebab menghantar aku ke wad kecemasan..
Aku di bilik 13 di pakaikan dengan alat2 besi kat dada, jari tangan, jari kaki.hoh??? macam kronik lak aku tengok.. Nak check aku ada sakit jantung ker tak. Sesudah tu, aku di panggil oleh doktor yang baru. Doktor pelatih kot.

Skang dari Doktor sofea yang tak faham bahasa itu, aku di check oleh doktor pelatin perempuan. Perkara pertama yang die nak buat, ambik darah nadi aku untuk tahu kandungan oksigen dalam darah.. Sakitnya, hanya Tuhan yang tahu..sampai hari ini sakit. Dah dapat darah, mesin nak analisa darah lak rosak..so die kata aku kene tunggu lagi dua jam untuk mengetahui keputusan.

Dipendekkan cerita, Aku dipanggil lagi sekali..kali ini doktor lain lak....persoalan2 yang same macam doktor2 sebelum ini. jawpan aku tetap sama gak. So kesimpulannya, aku ditahan wad.

Dari pukul 8pagi, sampai la 5.30 petang.. akhirnya baru settle rawatan aku hari itu. Diakhiri dengan kemasukkan aku ke wad U1216..
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

2 Comments

  1. Hahaha..so funny..dont worry u will heal..just dun give up.

    ReplyDelete
  2. abg ady..semoga cepat sembuh!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post