Sunah Suka Sakura dot com

Saturday, May 28, 2011

SEGMEN : Froogy Ady Budika Cari Jodoh

SEGMEN BELUM DITUTUP 

Tadi sesambil borak-borak dengan seorang blogger ini pasal strategi nak menang extream challenge yang Ady masuk .. Akhirnya terpancul satu soalan yang buatkan Ady rasa kesian kat My Froogy...

" Ady, Siapa wife Froogy? "

So dari pertanyaan Blogger itu, Ady akhirnya bersetuju untuk mencari jodoh buat Froogy... Disini ady nak mintak tolong semua yang ada kesayangan(teady bear) yang comel2 sila la sudi-sudikan jodohkan dengan My Mr Froogy....
Ni La Mr Froogy Kalau Nak Kenal

Cara-caranya :

1. Buat entri, bertajuk : " SEGMEN : Froogy Ady Budika Cari Jodoh "

2. Letak  header adybudika.com dan linkkan ke entri ni.

3. Letak gambar calon jodoh Froogy  dan Nyatakan kenapa dia layak dijadikan isteri kepada froogy.

4. Pastekan entri tadi ke entri ini.. 

5. Mana-mana yang paling berkenan dihati akan mendapat hadiah misteri dari Froogy.. Heheheeheheh


Harapnya lepas ni takde la die asyik nak rebut awek aku jer!!!





Kau pergi dulu tanpa menungguku, Kerna takdir kurelakan jua



Devotees-Kekasih [ Lirik ]

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu



Friday, May 27, 2011

Jum kita Sertai Dua Blogger Ini... Kita Kan Suke Tolong Menolong...

Tak salah kan kita support kawan-kawan blogger yang lain.. Win and win situation neh.. Mana la tau nanti kita lak perlukan pertolongan mereka.. So kali ini apa kata kita tolong dua blogger ini!!!


1- Leh Join Bloglist Blogger Maira!!! - ( satu cara mempromosikan diri. Leh tambah follower tau kalau join. Insyaallah ) 

2-Undi Efa Yang Nak Jadi Duta Mydin... ( tak ambik masa sangat pun kan nak tolong undi.. Hehehheh.. Ady dah undi )

So apa kata kita sama-sama serang dua link kat atas tu ramai-ramai dan pakat2 support apa yang mereka berdua sedang usahakan.. Ker ada orang lain nak ajak join sesuatu yang menarik gak??

Yang penting.. JUM SERANG!!!!!!



[ Video + Gambar ] Persiapan Extreme Challenger. Makin Tough!!!

Esok , 28hb May 2011.. Aku akan menyertai satu extreme challenger yang dianjurkan oleh satu badan.. So persediaaan harus aku lakukan .. almaklumlah dah lama tak sukan, so stamina mybe berkurang.. Ambik kesempatan yang ada petang tadi untuk melakukan sedikit regangan.. Jogging sekitar dataran Taman One Utama... Alhamdulillah.. Rasa lebih ringan badan neh lepas buat aktiviti petang tadi :) 

Bersedia untuk berlari.. Sape yang jadi mangsa ambil gambar kali ini? sedangkan aku sorang-sorang jer jogging...


Belakang tu One U... Kat sini la jadi port aku tiap kali nak jogging.

Habis air neh aku minum.. Haus....


Lari sampai kasut koyak.. Wahhh.. Bahaya neh


video
Kalau korang tengok video ni, korang akan rasa macam korang lak tengah jogging :P


Kepada semua kawan-kawan, doakan moga esok Ady akan berjaya merangkul kejuaraan eh.. Hehehehhehe...



Jangan Kata Aku Berlagak Bila Aku Kata Aku Tak Suka Naik Bas

Aku ada sebab tersendiri kenapa aku tak pilih pengangkutan bus sebagai alternatif aku nak kesesuatu tempat. Ramai suara sumbang kata aku sombong dan berlagak kaya apabila aku lebih rela ambik flight jika mahu balik ke kampung atau kemana-mana tempat.. Jika ingin tahu, aku sudah cukup fobia mendengar kes-kes kemalangan bus ini.

Hari ini satu lagi nahas yang babitkan bas expres, bukan satu bas.. Tapi 3 bas..Sama-sama kita wat penilaian..

Namun aku masih percya kepada qada dan qadar Allah, tapi kita seelokknya merancang sebaik mungkin...


Lagi Nahas Babitkan Bas Ekspress



Berpuluh penumpang cedera selepas tiga bas ekpres dan sebuah kereta bertembung berhampiran susur keluar Simpang Pulai, dekat Ipoh.

Kemalangan berlaku selepas sebuah lori dari lorong kiri memasuki lorong kanan dan menghimpit bas yang dalam perjalanan dari arah sama.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 1: 40 pagi tadi di Kilometer 282 Lebuh Raya Utara Selatan.

Ketika kemalangan, tiga bas dan sebuah kenderaan dalam perjalanan menuju selatan tanah air bertembung sesama sendiri.

Sebuah bas yang berada di lorong kanan lebuh raya terpaksa berhenti secara mengejut setelah dihimpit sebuah lori yang berada di lorong kiri.

Kebanyakan penumpang cedera di muka.

Polis Trafik Cawangan Daerah Ipoh dalam kenyataan berkata siasatan mengenai punca kemalangan ini masih dijalankan.

Manakala penumpang yang mengalami kecederaan serius di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.





Maafkan aku, duhai kasih.... Izinkan ku pergi

IZINKU PERGI - KAER 

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi





Thursday, May 26, 2011

Bila Ada Yang Tanya Nape Aku Tinggalkan Sahabat Blogger Group

Tadi ada borak-borak kat salah satu group kat facebook.. Tiba-tiba ada satu persoalan dari Si Topeng ini dan Si Honda Petak Ini..

Kenapa aku tinggalkan Sahabat Blogger kat Facebook?
Group Yang Banyak Kenangan Dalam Hidup Aku


So jawapan aku mudah jer..

"AKU TINGGALKAN SEBAHAGIAN UNTUK DAPATKAN SEBAHAGIAN"

Aku leave sebab aku nak kasi peluang seseorang itu mengembangkan dan berkongsi bakatnya dengan tenang, dan aku leave agar aku pun boleh tenang tanpa melihat dia merayap-rayap kat situ.. Sekadar berikan kemenangan kat dia dan aku yang tua ni mengalah~ Mybe alasan aku ni buat ramai yang tak puas hati, Apa pun Aku akan sentiasa support semua yang pernah aku kenal kat situ :)

Sekian...



Wednesday, May 25, 2011

[ Gambar ] Sehari Di Snow Walk




















Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

Klik header kalau nak join!!!!

SUNAH SAKURA tanye best ker tak header comel Ady kat atas tu.... Jawapannya...


BEST!!!

SAPE BUAT? SAYA LA!!!! BEST KAN?



Perlukah Aku Pakai Ala KPOP Untuk Menang Tiket Penerbangan?

Ade Event Anjuran Dept Lak
( klik kat gambar tu dan korg akan rasa teruja )

Agak-agak kalau aku gi, ada ker tuah aku untuk dapat cabutan bertuah itu?? Sebab kalau dalam dunia blogging, kalau ada yang cabutan melalui random, pasti Ady akan dapat.. 3 kali masuk GA yang perlukan random, dan tiga2 kali pun dapat hadiah... Hehehehehe

Part pakai KPOP tu yang tak tahan tu~~ 

Bayangkan Ady dengan berpakaian seperti ini..

Rasa-rasa anda, perlukah Ady pegi dan memakai ala KPOP itu?? Ahahaahah

Sekian~~~~



Tuesday, May 24, 2011

Aku Tak Senang Duduk Bila Ada Orang Tak Puas Hati!!!

Semalam ramai komen cakap Rendang yang Ady masak macam kari.... Tak senang duduk, tido pun tak lena.. So hari ni terus ambik keputusan masak sekali lagi..Aahahhah, pada mulanya nak masak sambal ayam jer. Namun masih terbayang komen-komen pasal Rendang ayam semalam tu... So Ady try lagi sekali...

Tapi masih berdukacita, terlebey minyak la pulak.. Dah la masak sotong goreng kunyit gak, berminyak gak.. Hadoi.. Tak puas hati gak, namun upload gak..Ahahahaha.. Banyaknya "gak". Inilah juadah makan Ady hari ini.. Jum join!!!

Kali nie tak nampak macam kari kot no? Tapi berminyak sangat la plak

Sotong goreng kunyit pun berminyak... Hadoi... 

Macam biasa la.. Malas nak taip resepi.. Heheheeeh.. Tapi yang goreng kunyit tu, Ady letak kiub ayam.. So rasa die lain sikit dari goreng kunyit yang biasa :)







PELUANG LATIHAN BERBAYAR (Yang Masih Tiada Pekerjaan)

Kita diberi latihan, tapi kita yang dibayar.. Sape tak nak tu???

Tadi ada kawan baik masa study kat UUm dulu ada mention pasal hal ini, so Ady cuma berkongsi apa yang dirasakan baik ... Sila-silalah belek maklumat dibawah :)

Peluang Pendapatan dalam bidang Eng, Mekanikal, Elektronik Dan Elektrik, Satu Peluang Untuk Menambahkan Pendapatan (Latihan Industri 12 Bulan) & Dibayar Sebanyak RM1100 (Pemegang Diploma) RM1500 (Pemegang Ijazah). Satu Temuduga Pada 30/5/2011 Di Dominant Opto Technology Melaka & 31/5/2011 Di Infineon Batu Berendam Melaka. Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi En. Affandy Di Talian 0196994838 Dengan Kadar Segera. Sekian, Terima Kasih.

Yang lagi menarik "Lepas Training kalo Peformence Ok Akan Diserap Sebagai Staff"


*So semua graduan diluar sana, peluang didepan mata... rebutlah peluang ini!!!



Bila Aku Gila Dengan Promosi Air Asia. Lihat Kemana Destinasi Aku Tempah.

Walaupun terpaksa menghadapi keadaan yang macam ini, aku gagahi jua menunggu..

Satu booking dah settle... 3pagi k....

Tapi pelik lak.. Kenapa tarikh aku bayar tu seperti bertahun2 yang lepas..Errrr...

Takpe, teruskan niat booking destinasi ke 2... Errr... sebenarnya ketiga....Errrrrr...

Tapi.... yang nie dah penuh!!!!


Lain-lain lak!!!

Tiket balik murahnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Hasilnya, 3 destinasi telah berjaya aku booking.. Malaysia, Asia, dan ???.. Ehehhhehe
So kene la plan baik-baik.. So sape-sape yang nak join aku melancong... Jum la!!!!!! 






Monday, May 23, 2011

Tersenyum Sorang Tengok Diri Sendiri Dalam Clip Video Artis Popular Ini.


Hehehehehhehe.. Masih tersipu-sipu aku tersenyum...
Korang semua sila jangan muntah beramai2 k..



Resepi Agar-agar Manik Urai Terkejut!!!!

Balik keje, tengok nasik yang Ady masak bersama lauk sudah habis, lapar la jugak.. Tak sangka lak begitu cepat habisnya makanan yang ady masak.. Keje budak rumah la neh. Sengaja masak nasik banyak, namun tetap habis.. Nama pun makanan kan? hehehehe.

Sebab terlalu lapar, maka tangan nie pun belek2 apa yang ada kat dapur tu. terjumpa manik urai yg pernah Ady beli masa nak buat donut dulu. Ada agar-agar gak. So terlintas lak nak buat agar-agar campur manik urai itu. Nak call Mat Gebu tanye, tapi dah terlalu lewat.. 4pagi kot.. hehehe

So kita tengok apa yang terjadi dengan resepi terkejut ini:

Yang ada warna pelik kat atas tu adalah hasil manik urai yang Ady taburkan kedalam acuan. (Ady sebenrnya takde acuan untuk benda-benda macam ni, tapi alang-alang Ady pernah simpan tudung aiskrim MCD, so Ady jadikan sebagai acuan agar-agar Ady kali ini. Heheheh


Yang binting-bintik merah tu pulak adalah warna yang terhasil apabila manik urai yg berwarna merah dimasukkan, yang lain2 manik urai tenggelam kedasar, tapi die tinggalkan warna merah sebagai tompok-tompok.


Bahan-bahan :
Agar-agar satu pek (20gram).
1400ml air
Perisa Sirap
Susu Tepung
Gula
Manik Urai.


Cara menyediakan :
  • Didihkan agar-agar(20gram) sampai larut didalam 1200ml air. Setelah itu, masukkan perisa sirap dan gula kedalamnya.. Kacau hingga larut.
  • Seterusnya masukkan susu tepung dan kacau hingga larut
  • Biarkan hingga mendidih dan larut
  • Bila dah larut, kita boleh tuang kedalam acuan.
  • Taburkan manik urai kedalam acuan.
  • Bila sudah beku, leh potong dah makan..
  • Tuang, kedalam bekas.. tunggu sehingga beku.


SElamat mencuba!!! Mudah jer!!





Bila Ustazah Menolong Dalam Dunia Hiburan

Dua Malam yang lepas 8TV NITE LIVE ada membuat peraduan Pirates Of The Caribbean 4. Jadi beberapa soalan perlu disediakan untuk diajukan kepada penonton setia kami. Oleh kerana terdapat beberapa keje yang perlu disiapkan, jadi aku terpaksa memberikan tugasan menyediakan soalan ini kepada seorang ustazah online..

Bayangkan ustazah menyediakan soalan untuk segment hiburan.. Terdapat beberapa soalan yang telah beliau berikan . Salah satunya adalah seperti didalam video dibawah..

video

Hasilnya... Pemanggil tidak berjaya menjawab soalan tersebut.. Hahhhahahaha.. Kesimpulan disini, jangan sangka ustazah sekarang tak moden :) Soalan yang disediakan itu tidak mampu dijawab oleh penonton setia kami.. 

Apa pun terima kasih ustazah tersebut kerana menyediakn solaan yang amat bernas!!!

Thanks lagi sekali




Sunday, May 22, 2011

DIGI WWWOW AWARD TAK TELUS!!!!!!!!!!

Sungguh tak telus pertandingan yang dianjurkan DIGI ini... Tah la apa yang sedang dirancang disebalik pertandingan yang penuh dengan muslihat ini.. Kenapa mereka sendiri tidak mencalonkan beberapa senarai kemudian membuka undian...?? Tak perlu la nak tutup voting orang lain jika pencalonan adalah dibuka untuk semua.. 

Kenapa Ady rasa tak puas hati.. ?? Hari ini dah hari ke tiga orang tidak dapat nak undi  Ady ... Sedangkan orang lain Ady tengok mudah nak diundi.. Page undi untuk  Ady langsung tak dapat disambungkan linknya....

Common la DIGI... Apa yang anda semua sedang rancangkan?? Kalau rasa aku tak layak untuk kategori ini kenapa perlu senaraikan sehingga berjaya mendapat ranking top 3 selama berapa hari.. Selepas itu terus tak boleh nak undi..  Sebab dah start.. so nak tamatkan dia.. Aku tak suka buat keje separuh jalan!!!

Bukan gelaran yang dikejar, cuma nak rasa macam mana persaingan yang dianjurkan itu.. Namun  bila terjadi macam ni.. Apa yang difikirkan?? seperti menang kalah untuk pertandingan ini telah dirancang oleh pihak DIGI...

SEKIAN!

Oleh kerana undian untuk Ady sudah ditutup oleh pihak DIGI,  Sila undi dua sifu Ady DISINI dan juga DISINI



Rendang Ayam, Masak Lemak Sotong, Kacang Botol Goreng, juadah Makan Tengahari.

Hari ni agak rajin untuk memasak.. Namun agak malas untuk taip resepi.. So cukup la letak gambar apa yang jadi juadah makan tengahari Ady hari ni untuk dikongsi bersama :)

Ape yang ada? seperti gambar-gambar dibawah :

Satu set!!!

Rendang Ayam

Kacang Botol goreng dengan bilis



Sotong masak lemak

Makan bersama Nasik minyak