Sunah Suka Sakura dot com

Friday, August 26, 2011

Hot.FM Am Crew Bagi Peluang 3 Jam Untuk Ady On Air Sempena Aidilfitri...

Tajuk tak leh blah kan.. Bukan first time.. Tapi alang-alang sehari sebelum nak balik ke kampung, Ady akan bersiaran langsung dikaca tv anda dalam slot Hot.Fm Am Crew di 8TV.. So sesiapa yang nak turut serta sila on tv anda k.. siaran kat tv8 k.. hehehe.. kalo yang ada astro tu.. siarannya adalah 708 k.. Heheheheh.. Jum jum jum 

Tarikh : 26 Ogos 2011
Masa : 7 pagi sehingga 10 pagi
Siaran : 8TV





Wednesday, August 24, 2011

Sapa Yang Beghaya Kat Kedah... Jum Kita.....

Jum kita beraya sama-sama k.. Heheheheheheh.. Sape2 yang dok kat area utara tuh.. semua dijemput datang kat  teratak indah milik keluarga Ady k.. Beralamat di Kampung Kenanga , Jalan Kubur Panjang, Pokok Sena ... Alor Star Kedah...

Kesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Dan Batin... Ampunkan salah silap.. Halalkan makan minum.. 

kad dari google jer.. takde macam org lain punya errrr




Wordless Wednesday #3: Kek Lapis Final Destination 5

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




Saturday, August 20, 2011

Sapa Pandai Baca Apa Yang Terkandung Dalam Entri Di Bawah ??

...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................

Hanya Ilusi Dapat Menyatukan Langit Dan Bumi

...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................



Friday, August 19, 2011

Aku Tak Suke Dia... Jauhkan Diri Aku Dari Dia...

Sebelum nak create sesuatu entri.. Fikir dulu yang anda ada silent reader yang mungkin tak follow blog anda... Jadi terfikirkah anda yang anda mungkin timbulkan masalah kepada orang lain?? Jika apa yang anda katakan itu benar 100% saya tidak kisah.. Namun terdapat maklumat yang terpesong..  Buat semua blogger... Jangan hanya fikirkan diri sendiri.. Fikir la pasal orang sekeliling anda juga... Anda mungkin akan kehilangan sesorang dalam hidup anda, walaupun itu bukan kehilangan yg besar bagi anda...


Peringatan Buat Diri Sendiri Jua



Thursday, August 18, 2011

Apa Kaitan Ady Budika, K.L Sentral, RedBox Sogo, Jalan T.A.R

K.L Sentral
Dari sesuatu tempat... Otak masih tak berada pada keadaan yang stabil... Mengambil keputusan untuk menuju ke K.L Sentral dengan serabut kat otak... Tetibe dapat panggilan dari Zulmat yang pernah masakkan aku masak lemak.. Macam tau-tau jer die ni yang aku tengah serabut.. Die cuti.. so ajak lepak sambil tunggu waktu berbuka... Huhuhhuhu....

Kawan aku yang sorang nie sanggup lak datang ambik kat K.L Sentral... So terus menuju ke destinasi untuk berbuka... Jalan jammed yang amat la plak.. Booking jam 6petang.. Tapi dalam jam 6.30 sampai RedBox Sogo...
Tersekat dalam kesesakan lalu lintas lebih kurang sejam lebih

RedBox Sogo
Sampai kat sini dengan Zulmat dan juga Allan... Dua orang kawan aku yang mula2 aku tak tau macam mana suara diorg dalam bidang nyanyian... So terus la masuk kotak merah itu untuk menguji vokal masing-masing.. Aku lak macam biasa la.. Pegi untuk makan jer.. ahahah..tunggu nak berbuka disitu...

Kawan-kawan yang sudi temankan aku

So Zulmat buat lagu pembukaan ... Grrrr...Kenapa aku jadi kelu?? tak terkata... Best lak dengar lagu pembukaan.. Kebetulan je kot no? :P So aku dengan sabar menantikan Allan lak nyanyi... Grrr... sedapnya!! wow!! errrr... Dan kini giliran Zulmat kembali.. Dem!!!! sangat sedap la suara diorg berdua... Errrr jadi kenyang lak..ahahahaah.. Lagi dan lagi lagu..Pelbagai genre.. Ahahaahhaha....

Aksi bertenaga Zulmat.. Grrr

Pukul 7malam.. Sharp!!! aku berlari pecut 100meter menuju ke ruang makan!!! Ape lagi!! ambik makanan la.. semuanya aku ambik dalam 6 pinggan makanan.. Grrr.. saya tegaskan sekali lagi disini.. 6pinggan!!! tak cukup keyh!! Dan makanan-makanan yang menjadi pilihan hati adalah seperti dibawah...












Lebih kurang jam 9.30 malam baru habis melalak.. Rasa tak puas lak dengar diorg menyanyi.. Paling suke Zulmat nyanyi lagu Kisah hati dan Allan nyanyi lagu Hafiz Af.. Hhehheeheh..Cadang nak upload.. Tapi internet lembap lak... Tutun parking.. Mak oiiiii... Jamed gler.. So ambik keputusan untuk keluar pusing-pusing kat Jalan TAR.. Alang-alang sogo kan berhadapan dengan Jalan TAR..

Aku pun ambik pluang menyanyi k..Ahahaha

Jalan TAR (Tunku Abdul Rahman)
Alang-alang dalam parking pun leh jammed, so terus ambik peluang untuk pusing-pusing sekitar jalan TAR... Leh gak tengok-tengok baju raya.. Almaklumlah baju raya lom beli.. Hhuuhhuhuhu... Bila keluar dari Sogo tu.. Baru perasan yang hari baru lepas hujan.. adakah kerana terlalu terharu mendengar nyanyi kami? errrr... 

Jalan-jalan sekitar Jalan TAR

Orang lain sibuk membeli barang.. Zulmat sibuk memerhatikan orang :P Larikkk

"kalo aku pakai baju merah untuk raya tahun nie macam gempak jer"berkata didalam hati

Pusing lebih kurang sejam lebih gak la... Tengok-tengok jer.. lom beli..tunggu last minit...gerenti diorg lelong kaw-kaw punya.. Errr... tapi... tapi...nanti yang tinggal tu mesti yang tak banyak pilihan... errrr.. So minggu depan nak kene gi lagi la..huuuhuhuhuhuh....

Selesai tu terus nak balik rumah.. Errrr... diorg berdua hantar aku balik sampai pintu lift... Terharu lak.. Thanks both of u...

Malam yang sangat enjoy.. Terlupa kejap masalah.. Huhuhuhhu




Monday, August 15, 2011

Aku Jatuh Cinta Dengan Manusia Putih... Siapakah Dia??

Die adalah komposar bagi dua buah lagu yang aku minat ini :

Kisah Hati


Jangan Tanya Aku Lagi



PHUKET... Ady VS James Bond [ Pengalamanku Part 2 ]

Baca dulu pengalaman di hari pertama ---> DISINI

Hari kedua di Phuket. Malam tadi tak sahur pun.. Mana taknya.. Masih kenyang makan kat Phuket Fantasea. Awal pagi dah tunggu pemandu untuk lakukan aktiviti yang telah dirancang pada hari kedua... Aktiviti di atas laut... Seharian akan berada dia tas laut hari ini... Jadi semua dah bersedia... Hehehhe.. yang paling penting adalah sunblock...

Menikmati angin pagi di Patong Beach sebelum melakukan aktiviti utama hari ini.

Tunggu driver datang ambik untuk ke Phang Nga Bay

Tempat yang akan dituju adalah ke Phang Nga Bay.. Perjalanan adalah 1 jam dari resort yang Ady diami untuk  ke jeti.. Setibanya disana, kami diberikan sedikit penerangan sebelum berangkat ke pulau yang dimaksudkan...

Tiba dah di jeti untuk ke Phang Nga Bay

Excited nak lakukan aktiviti.. Org first tu 

Nak masuk boat yang telah disediakan

So kami pun berlumba-lumba masuk dalam boat yang disediakan... Dah macam cite survivor lak.. naik boat ke tengah lautan, kemudian akan dilepaskan dengan kayak jer.. Hehehehhehe...Diatas boat, kami disajikan dengan pelbagai juadah selamat datang.. aku senyum jer... Datang salah seorang trainer kat aku... Tanye aku nie siam muslim ker.. Siap speaking thai dengan aku.. Aku jawab dalam english jer.. hehehehehhe...

Suasana atas boat ( sian aku.. org lain makan-makan, aku lak terperuk sorang-sorang hujung boat)

Selepas diorang makan-makan.. Kami diberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti yang bakal dilakukan.. Pasal keselamatan dan lain-lain..Kemudian kami dipecahkan kepada 3 orang satu kayak.. ! tour guide dah=n dua orang pelancong :) Tour guide aku adalah seorang yang pandai kecek kelate... Joe namanya.. So takde la susah berkomunikasi...

Sebelum masuk kayak.. 

Indahnya

Kayuh-kayuh

Santai Ben Ashaari

Enjoy ! kurasakan someting !

Kene baring neh kalo nak lalu bawah gua tu.

Bersama Joe, yang menjadi tour guide aku

Aktiviti kami banyak berkayak sambil menikmati keindahan pulau.. Menyusuri gua-gua dan melihat keindahan alam... Dan salah satu tempat yang menjadi kemestian untuk dilawati adalah pulau tempat dimana lakonan filem James bond dilakukan.. Kami siap leh pusing2 sekitar pulau tersebut dengan kayak.. Orang tempatan menggelar pulau tersebut sebagai Pulau James Bond

Nyaman yang amat

Pulau James Bond

Tarekkkkkk tarekkkk


SEmpat jejak kaki kat salah satu pulau kecil

Masuk dan jejak kaki dalam salah satu gua

Naik turun kayak... Bila waktu makan diorg akan balik kapal..Huhuhuhhu..tergugatnya.... Siap leh berenang2 duyung lagi.. aku lak kalo balik kapal pasti akan pegi lepak hujung kapal... 

Waktu berbuka puasa hampir tiba, aku nampak ada seseorang sedang siapkan makan malam.. Hehehehe..nampaknya aku ada juadah yang best untuk berbuka malam ini.. Dan makanan yang disediakan adalah makanan halal..

Sediakan juadah berbuka tapi takleh lawan mat gebu

Sempat tolong org sediakan juadah makan malam...


Juadah berbuka malam ini.. tapi juadah mat gebu lebih menjadi pilihan hati

Sambil menantikan waktu berbuka, kami diajar untuk buat satu jambangan bunga yang di panggil kratong... Kratong adalah sejenis jambangan bunga yang digubah dan akan dihanyutkan disungai.. Tapi kami pula akan hanyutkan kratong tu dalam laut.... Dengan menghanyutkan kratong, maka berakhirlah aktiviti kami pada hari kedua..

Sediakan Kratong

Masih sediakan kratong

Taraaaa... Kratong dah siap...

Bila hari dah mula gelap, kami berkayak menuju salah satu gua dan lepaskan kratong tu dalam laut.. 

Selepas semua selesai, kami pun balik resort.. nak rehat n nantikan hari esok.. Sebab esok akan buat extreme activiti.. Hehehehhehehe.. Nantikan part ketiga k :)




Sunday, August 14, 2011

Senarai Pemenang GA Ole-ole Phuket

Rujuk Senarai ----> DISINI


Rujuk Hadiah -------> DISINI

Rujuk Peraduan ----> DISINI


Sila rujuk senarai peserta dan lihat siapa yang bertuah kali ini... Number yang bertuah adalah seperti dibawah...





















Harap sudi kasi alamat dan num phone kat email : soleh@tv3.com.my dengan subj : Phuket...