Sunah Suka Sakura dot com

Monday, October 31, 2011

Bila Muka Ady Budika Terdedah Dalam Live Show Itu...

Malunya... malu.. malu.. malu..... Sepatotnya muka comel ini tak terpampang depan tv.. Namun dengan tidak semena2 topeng yang dipakai tersebut terputus getahnya.. Malu!!!!  LIVE show lak tu... 

Untuk melihat scene yang diimaksudkan itu.. bolehlah singgah ke www.tonton.com.my dan cari 8TV NITE LIVE... Untuk episod 30 Oct 2011... Ade ker sape2 yang leh tolong print screen saat2 itu.. Ahahaha

Bersama dua pengacara TERBAEKKK .. Baki dan Guiboo

Namun amat berpuas hati dengan Live show malam tadi!!  SEmua pasukan berjaya melakukan tugas masing-masing dengan penuh komited.. Hehehehe.. Jadi accident topeng tertanggal itu berjaya diabaikan buat seketika..
Dua pengacara yang berjaya menyeramkan malam hallowen di 8tv

Jadi buat sesiapa yang ingin menyaksikan lagi kejutan-kejutan yang bakal 8TV NITELIVE lakukan., sila saksikan rancangan penuh berinformasi ini pada :

Hari : Sabtu , Ahad, Isnin
Waktu 12.45tengah malam - 2pagi
TV : 8TV

Bagi yang terlepas siaran langsung, boleh jugak ditonton di www.tonton.com.my!!


Terima Kasih Semua!!!

*Gambar di pinjam dari FB 8TV NITE LIVE



Friday, October 28, 2011

Test Pizza

Test update blog pakai Windows Live Writter

Flirt male296308_2562653912110_1426975151_32951102_553814687_n




Wednesday, October 26, 2011

Bila Otak Tidak Mampu Berfikir Secara Waras

Cuti.. Mati akal.. Ajak kawan kluar.. Macam biasa la aku akan cari Najah.. Kawan sejak aku study untuk sama2 lepak.. Namun sebelum pergi berjumpa dengannya aku terpaksa ke pejabat pos untuk mengkaji mengenai setem hasil :) mati akal sebenrnya pasal setem hasil ini :)

Lepas tu terus balik ke rumah.. Namun perjalanan terhenti dikedai makan... Urm.. Najah lak dah ajak kluar.. So terus ke One Utama... 

Otak terus menjadi tidak waras... Tak ada arah tujuan.. Berjanji pulak ingin berjumpe dengan seorang rakan  di sekitar Sentul.. Namun apabila sudah hampir sampai ke destinasi, kawan pula memberi tahu bahawa dia terpaksa ke ipoh atas urusan penting. Accident adiknya...

Aduh.. cuti yang amat membosankan.. Terus memandu masuk highway.. terus memandu dan terus memandu.. Akhirnya tiba diseremban.. Terus lagi.. Errr... sign board Port Dickson??? Hujan pulak renyai2... kemudian menjadi lebat.. ikot saja signboard tu.. Akhirnya tiba di Port Dickson.. Hujan masih lebat.. So lepak tepi pantai... Tapi dalam kereta.. Teringat lak beberapa kenangan sepanjang disini :)

Dua benda comel dalam kete aku.. :) Sambil aku perhatikan  pantai dari dalam kete

Tunggu sehingga matahari terbenam.. Walaupun matahari langsung tidak kelihatan... Apabila hari sudah gelap.. Perjalanan pulang seakan suram.. Perot pula sudah lapar... Singgah disalah sebuah kedai sekitar pantai.. Terus order bebrapa jenis makanan... Hati masih terasa kosong..  Habiskan makanan yang begitu banyak itu...

Pandangan dari dalam kedai.. Sayu lak rasa

Order ikan bakar 

Masa nak bayar.. Baru perasan yang kedai tempat aku makan rupanya menjadi pilihan ramai artis tanahair :)

Perjalanan pulang.. Masih terasa sayu.. Entah kenapa... Bosannya!!!!!!! Cuti yang penuh bosan....



Saturday, October 22, 2011

Puding Kuah Kastard Berjelly Resepi Kak Ummi

Sabtu.. Hari ni keje petang... sesambil tu terfikir pasal tepung kastad yang dah dibukak beberapa hari lepas... Terus belek2 resepi yang menggunakan tepung kastard.. Hehehehe..Akhirnya jumpa jugak satu resepi simple dari Akak Ummi.. Terus ambik keputusan untuk membuat:

Puding Kuah Kastard Berjelly




Bahan-bahan :
Untuk Kastad:-
  • 200 gm tepung kastad
  • 2 liter air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/3 cawan susu sejat Ideal

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Adunan yang dikacau sehingga likat

Puding Kastard yang sudah dipotong ( Ady takde acuan yang cantik2..so letak dalam tupperware jer sebelum potong )

Untuk Kuah :
  • 1 1/2 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji kuning telor - pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 helai daun pandan/perisa pandan

Campurkan semua dan masak hingga mendidih. Sejukkan.

Akak Ummi menggunakan coktail dan buah2an segar untuk menambah rasa dalam puding beliau.. Tapi memandang kemalasan melanda, Ady malas untuk turun beli semua tu.. So ady cuma letakkan jelly yang ada tersimpan dalam peti sejuk.. hehehhehe... 

Oleh kerana Ady takde coktail, jadi ady gantikan dengan jelly buah-buahan.. ada rasa masam2 sikit 


Untuk resepi asal.. Leh ke blog milik akak Ummi ---> DISINI


Selamat Mencuba!!!



Friday, October 21, 2011

Terima Kasih.... Atas Hadiah Yang Besar Ertinya Ini...

Terima satu bungkusan pagi tadi.. Tertanya siapakah pengirimnya...

Bungkusan dari seseorang

Bukak-bukak.. Sejuk jer lihat kandungannya...

Tasbih, Butang baju melayu dan frame gambar

Terima Kasih buat yang sudi hadiahkan ini... 



WAHHHHHH.... Mamat Ini Ada Header Lain Dari Yang Lain La...

Apa yang anda faham dengan header baru ini???

Sape eh yang buat header ini?? Sungguh kreatif sentuhannya.. Simple But Nice!!!!



Tuesday, October 18, 2011

Resepi Cucur Jagung Elakkan Dari Janda Berhias Versi Ady Budika

Cuti.. Jadi macam biasa aku akan jadi rajin untuk kedapur.. Nak turun cari makanan kat bawah rasanya amatlah malas... Nak menempuh kedai janda-janda berhias, tak rela nak kene peewweeetttt dengan akak2 tersebut.... So ambik keputusan untuk masak apa yang ada jer..

Belek-belek dapur, ada jagung lagi satu tongkol, so ambik keputusan untuk buat cucur jagung... That rite~~~~

Cucur Jagung Elakkan Dari Janda Berhias
Cucur Jagung


Bahan-bahan:

  • 3 Cawan tepung gandum\
  • 1 Sudu tepung kastad
  • 1 Biji telur
  • 1 Tongkol jagung
  • 1 Mayang bawang besar

Cara menyediakan :

  • Potong isi jagung dan campurkan kedalam tepung
  • Bawang besar dipotong dadu dan dimasukkan kedalam tepung dan jagung
  • Masukkan air masak dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan gula yang telah dicampurkan sedikit air suam.
  • Panaskan minyak dan bolehlah digoreng hingga warna keemasan.
  • Angkat dan hidangkan!!!!
Selamat mencuba!!!! 



Thursday, October 13, 2011

Cara-Cara Membeli Ayam Di Pasar Malam

Berjalan melalui laluan pejalan kaki ini.. Depan aku ni bukan kawan aku k.. Aku bersendirian.

Dah nampak signboard ini maksudnya pasar malam dah nak sampai dah...

Boleh dikatakan dah sampai pasar malam.. Nampaknya seperti jemmed sikit.. Ni tempat motor park neh..

Aku tiba di Pasar malam.. Misi mencari ayam bermula...

Telur ayam.. takmo!!!

Sangat jauh bentuknya dari ayam

Ni pun bukan ayam.....

Ayamkah??? kalau org tak pakai ni diorg panggil kaki ayam...

Murtabak ayam

Menarik.. errr.. tapi tak berasaskan ayam

Ngeeeeee.. ni kopi la .. bukan ayam

Nugget ayam

Ayam percik

Nasik ayam percik

Nasik goreng ayam

Ini bukan ayaam k adik-adik..ini kepala lembu...

Ayam bogel

Macam nak beli.. tapi malu :P

Duit tinggal RM1, so dah takleh pusing2 dah..

So berjalan balik rumah

Bawak masuk makanan dalam bilik

Tadaaaaaaa...  inilah yang sempat dibeli.. Ape???

Nasik goreng ayam

Kentang ayam...

Ayam percik

Apam ayam

Errr... siapa nak habiskan?? Aku sorang jelah!!! Korang jangan gatei2 nak mintak!!!



Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday - Dari Negara Manakah Sampul Surat Ini???

Cuba belek kat setem die dan teke!!! :P



Wordless Wednesday - Teke Ape didalamnya???

Thanks adik pengirim



Tuesday, October 11, 2011

Bihun Goreng Bertatahkan Biskut Merry

Bosan cuti tak buat ape.. So tibe-tibe teringin nak makan bihun lak.. Cepat-cepat turun beli bahan-bahan..  Dan hasilnya adalah seperti dibawah!!!

Cara hirisan telur itu dikatakan iras biskut merry.. tau sape yang kata?? ( tapi memang pun! ahahhaha..iras biskut merry)

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun ( direndam)
  • Cili giling
  • Bawang puteh
  • Bawang merah
  • Udang
  • Telur
  • Sayur sawi
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan

  • Tumis hirisan bawang merah dan bawang puteh
  • Setelah berwarna keemasan, masukkan cili giling.
  • Biarkan sehingga mendidih
  • Campurkn sedikit air
  • Masukkan udang
  • Biarkan sehingga udang masak
  • Masukkan Bihun.
  • Kacau hingga bihun menjadi lembut
  • Masukkan sayur.
  • Kacau hingga masak.

Hiasan

  • Dikuali yang berasingan, goreng telur.
  • Hiris halus telur yang telah masak tadi.
  • Taburkan diatas bihun yang siap dimasak.
  • Potong halus cili besar dan taburkan.
Siap!!!! Selamat mencuba!!!



Sunday, October 9, 2011

Remy Ishak Backup Ady Budika (kembarnya)

Malas nak bebel banyak-banyak.. Baca sendiri rentetan perbualan kami k..

Saudari Sis Lin.. mulakan hujah..


Aku mengemukakan fakta


Sis Lin terpaksa bersetuju sebab yakin dengan fakta


Terus dibackup oleh Remy Ishak.

So mana-mana suara sumbang kat belakang tu aku dah tak pedulikan dah.. Sebab kembar aku sentiasa ada untuk backup diriku ini.. Sekian...


Siapakah Dalam Clip Kisah Hati Alyah Ini??

Meh kita muntah secara berjemaah!!!!



Hahahahahahaahaaahah