Sunah Suka Sakura dot com

Friday, December 30, 2011

GaolFM bersama Najwa Latif, Sabdhi Saddi, Shahir, Pelakon Vanila Coklat Dan Ramai Lagi Nak Jumpa Ady Budika. Errrrr

GaolFM akan bersiaran langsung dari tapak Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena JOM SANTAI BERSAMA GeMS dari jam 9 pagi hingga 12 malam pada 31.12.2011


Jgn lupa bersama radio internet, www.gaol.fm yang akan membuat LINTAS LANGSUNG dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena JOM SANTAI BERSAMA GeMS dari jam 9 pagi hingga 12 malam pada 31.12.2011. Aturcara adalah seperti berikut :

ATURCARA:
0900 pagi - Acara bermula.
1. STREET SOCCER 2. BOLA JARING 3. GAOL FM LIVE@GeMS.

1000 pagi - 1. GAOL FM LIVE@GeMS with KETTY NATALIA. 2. PAMERAN & GERAI JUALAN BERRMULA.

1100 pagi - 1. GAOL FM LIVE INTERVIEW WITH ALEEZA KASSIM & HADER JAMAL.
2. SERVIS TUKAR MINYAK 4T@MINYAK HITAM & SPARK
PLUG 100 MOTORSIKAL PERTAMA PERCUMA BERMULA.

0132 petang 1. SOLAT ZUHUR BERJEMAAH.

0200 petang 1.GAOL FM LIVE INTERVIEW WITH MEAN AIMAN &
IXORA (PELAKON VANILLA COKLAT).

0300 petang 1. GAOL FM LIVE INTERVIEW WITH NAJWA LATIF.

0445 petang 1. SOLAT ASAR BERJEMAAH

0500 petang Layan Gig Akustika@GeMS with:

1. HEART ATTACK.
2. ARTIS GAOL FM.
3. VERBHAL CHAOS.
4.ZIP ZILLER.

0730 malam 1. SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH.

0745 malam 1. FORUM MAGHRIB with USTAZ NORHISYAM & USTAZ
ASYRAF (JUARA IMAM MUDA).

0800 malam 1. GAOL FM LIVE INTERVIEW WITH Y.B. DR. HALIMAH BINTI ALI,
PENGERUSI (EXCO) JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN, PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SELANGOR.
(ADUN SELAT KELANG).

0835 malam 1. SOLAT ISYAK BERJEMAAH.

0850 malam 1. Live Solo Performance by SHAM KAMIKAZE. 2. GAOL FM LIVE INTERVIEW WITH USTAZ FAUZAN (PENGARAH PROGRAM GeMS@DATARAN
KEMERDEKAAN).

0915 malam 1. KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS host by ZIZAN RAJA LAWAK.

1050 malam Ucapan oleh 1. Y.B. DR. HALIMAH BINTI ALI, PENGERUSI (EXCO)
JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN, PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN
MODAL INSAN NEGERI SELANGOR.
(ADUN SELAT KELANG).

1100 malam KONSERT GeMS performanced by

1. DAKMIE (BARONGAN & pencipta lagu ADAM MAYA).
2. USTAZ AKHIL HAY.
3. SHAHIR AF.
4. SHAM KAMIKAZE.

1200 malam Doa Penutup by USTAZ AZHAR IDRUS.


Tajuk JER Meriahhhhhhhh......



Wednesday, December 28, 2011

Ku Terpaksa Buat Begini Ku Tahu Kau Membenci




Seandainya nyawa ku ini 
masih sudi lagi bersama hayat
mungkin akan
terhurai rahsia hati

biar diam dari berkata
aku pendam
api kemarahanku
rela hanya membisu dalam rindu

seandainya
aku berkata-kata
lain pula tafsirnya
serta penerimaanmu

bukannya dipaksa
dan tiada yang memaksa
tapi ku terpaksa buat begini
ku tahu kau membenci

ada sesuatu yang sering terbuku
di dalam hatiku engkau juga tahu
uji kesabaranku...

aku tetap aku
yang engkau kenal dulu...
yang dulu begitu
hanyalah sifatku
dan bukannya hatiku....


Sharifah Zarina - Bukan dipaksa



Wednesday, December 21, 2011

Hyder Jamal, TK Che Mat, TK Yuna dan Ady Budika Akan Bergaol

Setelah kejadian hari itu berlaku... Kini GaolFM memanggil lagi seorang untuk digaoli di konti milik mereka. Kali ini insan yang bertuah itu adalah Hyder Jamal. Pada :

Tarikh : 21 January 2011
Hari : Rabu
Jam : 11 Pagi

Siapa Hyder Jamal? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal dia, bolehlah singgah di dua link dibawah :


Hyder Jamal

Kali ini kita dengar pula apa yang akan dibicarakan dan dipersoalkan oleh TK GaolFm ini kepada Ikon Lelaki Maskulin 2010/2011 ini. Macam mana nak dengar? Ok apa kata kita pakat-pakat :

Like Facebook GaolFM --->Facebook GaolFm
Bukak Webpage GaolFM --->GaolFM Webpage
Like Fanpage TK --->TK CheMat + TK YUNA

Dan untuk yang ingin berborak dan berkongsi maklumat ataupun mempunyai sebarang kemusykilan, boleh hubungi di talian  03.77318745..  Jadi apa kita kita dengar apa yang ingin dikongsi sebentar nanti di http://www.gaol.fm/.

TK Yuna dan TK Che Mat yang sentiasa dengan pelbagai soalan yang agak panas tapi berinformasi

*Errrr.. apa lak tugas Ady? Errrr.. saje nak singgah-singgah jenguk diorg..errr




Friday, December 16, 2011

Jum Tiru Gaya Artis AJL!! Hambek RM5000 !!!

Haaaaaaaa.... Sapa yang nak tu jum la kita cuba nasib.. Ady nak sangat join ini!! Tapi Ady tak leh nak join T.T ..


"Lakonkan semula persembahan pemenang Anugerah Juara Lagu sejak 1986 hingga 2010 dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM5000 serta menyaksikan AJL26 secara langsung sebagai VIP!!!

Hantarkan video anda secara online dan hanya 10 peserta akan berjaya ke pusingan akhir dan Malaysia akan mengundi secara online siapa yang akan dinobatkan sebagai juara!!." 


----> SUMBER

Syarat-syarat.
  1. Pilih salah satu video persembahan pemenang AJL dari tahun 1986 – 2010 yang paling anda suka sebagai rujukan.
  2. Lakonkan semula persembahan tersebut dan rekod dengan kamera. Anda juga boleh menggunkan kreativiti anda untuk menjadikan video anda lebih menarik dan menghiburkan. Klik di sini untuk menonton contoh video pemenang Tiru Gaya Artis 2010.
  3. Hantar video anda secara online di sini atau hantar video anda secara pos ke Alt Media Sdn Bhd, Tingkat 3, North Wing, Sri Pentas 3 Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  4. 10 video terbaik akan di paparkan di laman web pada 2 Januari 2012 di mana Malaysia akan mengundi menerusi online untuk memilih pemenang Tiru Gaya Artis. Yang bakal membawa pulang RM5,000.
  5. Pemenang tempat pertama akan di umumkan di Anugerah Juara Lagu pada 29 Januari 2012.
Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh lihat kat----> SINI

Errr... Mujur lagu Kisah hati lom jadi Juara Lagu.. Kalo tak sah2 dah tau siapa orang pertama yang akan meniru aksi lagu ini!!!




Wednesday, December 14, 2011

Apabila Ady Budika Ditemuramah Di Radio GaolFM

Hari yang busy... Bangun awal pagi terus ke Klinik Smile.. Untuk dental cleaning (scaling n polishing) . Dalam jam 12 dan settle.. So ada peluang nak gi senam jap. Singgah Fitness First yang menjadi hobi terbaru aku.Penampilan nak kena jaga gak. Untuk bina keyakinan.. Hehehehheeh
 
Kenapa aku beriya-iya untuk nampak penuh yakin hari ini? Aku akan di temuramah di konti GaolFm. Hehehehhe.. Selepas bersenam selama sejam di FF, aku terus memecut ferrari kesayangan aku menuju ke Damansara Intan, bersebelahan Tropicana City.  Alhamdulillah jalan tak jammed..
 
Setibanya di konti itu... Aku perhatikan sekeliling, tak seperti yang aku jangkakan pasal radio online ini. Seingat aku radio online tidaklah ada ruang kerja yang sebegini, tapi tidak pada radio GaolFm. Konti dan ruang kerjanya tersusun dan sistematik. Kemas.
 
DSC_0927
Tunggu depan opis milik GaolFm dengan penuh debar.
 
DSC_0929
Mini konti milik GaolFm. nice.

DSC_0941
Belum bersiaran tapi aku sudah kene belasah.
 
Tepat 2.30petang aku memulakan sessi perbualan secara online. Bermula dengan sessi perkenalan diri, latar belakang dan yang bersifat pribadi. Errr.. jujurnya terasa amat kekok bila kita selalu dengar org lain bersiaran, tapi kali ini kita pulak yang terpaksa menjadi org yang bersiaran. Namun berkat dua orang tukang Karut yang tak henti2 memanaskan aku, akhirnya rasa kekok itu sedikit demi sedikit hilang.
 
DSC_0938
TK Che Mat Yang memulakan sessi Segmentnya

Kenapa aku di panggil oleh radio ini? Ini lebih kepada perkongsian mengenai kerjaya yang aku lakukan disamping gelaran aku sebagai blogger. Mesti ramai yang mempertikaikan kenapa aku yang perlu berbicara mengenai blog sedangkan aku bukanlah siapa-siapa dalam dunia blog ini. Namun aku rasa apa yang aku katakan cuma sesuatu yang bersifat pendapat pribadi. Lain org lain pendapatnya.
 
383121_182766231819054_118307304931614_326979_179264932_n
GaolFm best (nampak kan hasil dental yang aku buat pada gigiku)
 
384067_182766271819050_118307304931614_326980_309150322_n
Time menjawab soalan, tibe2 diorg nak ambik gambar..Errr
 
Antara yang disoalkan :

  • Latar belakang aku.
  • Kerja aku (Interactive Specialist dan Assistant Producer)
  • Rancangan Tv yang aku kendalikan.
  • Konsep rancangan yang dikendalikan
  • Sejarah blog aku.
  • Pengisian blog aku
  • Cara menarik minat pembaca
  • Perancangan masa depan dan lain-lain.
Perbualan selama dua jam ini dirasakan amat singkat apabila sepanjang perbualan bersama Tukang Karut CheMat dan Tk Yuna bijak menggunakan ayat yang bersahaja dan ini membolehkan aku cuba untuk menjawab apa saja yang diajukan.
 
Interaksi antara Tukang Karut untuk radio ini dan juga pendengar online berlaku secara dua hala apabila pihak radio dan pendengar boleh berkongsi info di wall facebook milik radio ini (GAOLFM FACEBOOK).
 
DSC_0948
Selesai sudah

DSC_0952
Gambar kenangan di Wall GaolFM
 
Apa pun ini pengalaman yang berguna untuk aku. Walaupun bila difikirkan balik aku rasa jawapan2 yang aku berikan agak pelik. Hahahahhahaah.. Buat yang mendengar semalam tu, Aku ucapkan terima kasih kerana sudi :)
 
Buat yang belum mengenali radio yang bakal menggegarkan industri radio online ini, silalah singgah ke http://www.gaol.fm/ Ape lagi ko nak???????
 
 



Monday, December 12, 2011

Ady Budika Di GaolFM Radio

Tak tau nak kata ape... Terkedu... Bila salah seorang Tukang Karot (pengganti panggilan DJ) untuk station Radio Online-GaolFM, menghubungi aku dan memberitahu ingin menjemput aku untuk di temuramah didalam salah satu segment bagi siaran radio berkenaan.. 

Sebenarnya jujurnya ketika TK (Tukang Karot) Che Mat menghubungi, aku belum pernah mendengar siaran radio berkenaan.. Namun apabila die menyatakan hasrat untuk menemuramah, aku terus membuat sedikit kajian mengenai radio online ini. Jadi aku terus menaip http://www.gaol.fm/ dah bermulalah pengembaraan baru aku kedunia Gaol. 

Untuk pertama kali aku dengar, wujud rasa close dengan TK yang sedang berceloteh.. Gayanya yang bersahaja buatkan aku terkekel2 gelak.. Penggunaaan bahasa yang agak panas buatkan aku rasa begitu telusnya perbualan yang sedang berlangsung.. Dan sejak hari itu (dah masuk hari ke3) aku dengar radio ini.. Lagu-lagu yang diputarkan juga tak bosan, dan kita sebagai pendengar boleh memilih lagu ape yang ingin didengar :)

Mengenai penampilan aku di Konti radio ini, nak tahu apa yang bakal di perkatakan?? Apa kata kita taip jer http://www.gaol.fm/ pada :

Tarikh : 13 Disember 2011
Hari : Selasa
Jam : 2.30 petang

So apa kata kita follow radio ini kat facebook----> Facebook Gaol  dan kita akan boleh mintak lagu etc kat facebook ini..  Just post jer kat wall.. Untuk sessi bersama aku nanti, kalo rasa nak mintak ape2.. nak tanya soalan.. nak suh menyanyi..heeheh.. nak suh menari.. post jer kat wall GaolFM k!!!

Ramai juga nama2 terkenal yang pernah ditemuramah oleh TK Gaol Fm ini, antaranya:

 Najwa Latif

Rozita Che Wan

 Noh dan Hujan

Adibah Nor

Dan ramai lagi  ....Ape lagi ko nak?? heheheheh.. Yang jadi tanda tanye... nape lak kali ini aku?? Grrrrrr... Walaupun radio online ini baru menapak selama 3 bulan, namun.. GEMPAKKK.. banyak dah masuk medium2 media seperti MELODI, Kosmo, RTM TV Program dan lain-lain.

Dan jangan lupa on GAOLFM esok jam 2.30ptg k!!!!!

Jum Like:

Inilah TK CheMat dan TK YUNA yang akan borak-borak dengan aku esok.. Errr... berdebarnya!!

Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai radio ini.. silalah ke:


Yang pasti salah satu benda yang akan diborakkan adalah mengenai BLOG!!!!! Rakan blogger meh meh meh dengar!!!!




Saturday, December 10, 2011

Minat Baru Ady Budika

Tertekan dengan pelbagai gelaran baru yang diberikan… Akhirnya aku ambik keputusan untuk mengurangkan apa yang patot dikurangkan kat badan aku ini…

Hari ni hari ke 3 di GYm… So aku harap aku akan lebih berdisplin lepas ni.. Dan harap gelaran buncit, gendut, dan lain2 itu berjaya aku kikis…

So kita lihat hasilnya selepas 3 bulan.. GULP!!! Ni aku upload gambar hari ketiga.. Ada sedikit perubahan jer :P... Ingat gambar dibawah ni k... Nantikan hasilnya!!!

DSC_0910
Garang lak.. Errrrr…

*Rupanya best sangat bila dah mula bersenam balik neh.. Rasa badan lebih segar . hehehheeh.. Jadi aku mula minat untuk selalu ke gym..hehhe


Mampos aku kene gelak dengan entri poyo macam neh!! Ahahahaha