Sunah Suka Sakura dot com

Tuesday, August 28, 2012

Suasana Hari Raya Di Lembah Kenanga

Lamanya rasa tak update blog.. heeheheh.. banyak up pasal lagu jer kan.. Sio kali ni nak share sikit suasana beraya di Kampung aku. :) Kampung Kenanga, Alor Star, Kedah.

Seperti yang dah diceritakan beberapa bulan yang lepas, rumah aku terlibat dalam satu kebakaran yang memusnahkan hampir 90% rumahku.. Entri berkenaan rumah terbakar itu aku ada ceritakan pada entri ---> INI.  Alhamdulillah... setelah dua bulan berlalu, ayah dan juga bantuan dari pelbagai pihak akhirnya dapat membangunkan sedikit dari rumah.. Cukup la untuk merasa tidak kurang di aidilfitri. Namun rumah masih dalam proses pembikinan :)

Balik raya kali ini aku ditaja oleh company kesayangan.. Tonton.com.my .. Naik bus yang free.. heheheh... Dihantar sampai ke tempat dilahirkan lagi.. thanks tonton.com.my...  

Bus Tonton yang sunguh selesa yer

My Big boss kene interview oleh beberapa station tv  :)

Berpeluh tunggu bus tengah panas :)

Yeay dah sampai Kedah!!!

Setiba di kampung halaman, aku terus bertungkus lumus menyiapakn apa yang belum selesai... Dari keje seorg abg, kepada keje seorg akak.. aku lakukan agar adik-adik tidak terasa kurang dipagi raya nanti :) Alhamdulillah.. Adik-adik cukup faham dengan situasi yang melanda kami sekeluarga.. 

Seperti juga keluarga2 yang lain.. dipagi raya kami bermaafan.. Tahun ni tak semeriah tahun-tahun yang lepas kerana tak semua adik beradik pulang ke kampung... Namun syawal masih dirai :)

Bergambar bersama sebahagian keluarga

Bersama adik

Seterusnya biarlah gambar dibawah yang menceritakan segala :)

Antara yang sudi hadir.. Keluarga sebelah ayah

Setiap tahun.. Tak pernah terlepas.. Pasti akan datang kawan aku yg sorg neh.. Walaupun rumahnya agak jauh dari rumah aku

Rakan sepejabat aku.. Thanks helmi sudi datang :)

Rumah ex-classmate (Fiesol, Ridhwan dan isteri, Nursunarti)


Mungkin belum terlambat nak ucapkan.. Selamat hari raya.. Maaf zahir batin... Duit raya ada banyak baki lagi neh.. SAPE NAK!???






Saturday, August 4, 2012

Beli Tutti Fruiti Percuma Nasik Beriani! Jom Cuba!!!

Bulan puasa.. Macam-macam juadah yang nak di cuba.. Tapi kali ni aku mati akal nak berbuka dengan ape.. Jadi aku ambik keputusan untuk mencari makanan kat One Utama. Jadi operasi mencari tempat yang menarik perhatian bermula...

Banyak kedai makan dah aku lalui.. satu demi satu..Tapi masih tak ada yang menarik perhatian... Akhirnya aku tertarik dengan kedai ini!!!! 

Pekerja tutti Fruti sedang curi tulang!!!

Jadi aku pun pergi la kekedai ini... Aku berkata "saya nak beli Tutti Fruity.... " Die menjawab "Nasik beriani nak?" Waaaaaaaa.. Beli tutti fruiti dapat percuma Nasik Beriani.. Pakej lengkap itu!!!! 

"Dapatkan tupperware baru akan dapat Nasik Beriani ini!!!" kata pekerja tersebut

Aku terus meninggalkan Tutti  tersebut, sekarang misi mencari bekas untuk mengisi nasik beriani... Aku terus menuju ke Jusco. sebab aku tau kat situ pasti akan ada tupperware!!!

Berjalan penuh yakin sambil control macho kat depan kaunter makanan... "Adik, mintak tupperware"..... Dia menghulurkan polystyrene... aku geleng2kan kepala sambil buat muke sedih... "yelah yelah... saya kasi tupperware" Aku senyum.. angguk-angguk.. 

Pekerja Jusco yang memahami :P 

Akhirnya dapat tupperware...

Menuju kembali ke Tutti fruiti.... Beli tutti fruiti.... Dan memang dapat Nasik Beriani percuma!!!! So juadah aku hari ini .... Nasik Beriani bersama Tutti Fruiti... Alhamdulillah

Sedap!!!!


*Jangan tiru aksi diatas jika penjaga kaunter tutti fruiti dan kaunter jusco tersebut bukan kawan anda :P  

Thanks to Azmer (Tutti Fruiti) dan Najah ( Jusco).... Mereka berdua adalah kawan aku.. So misi aku berjaya sebab mereka berdua.. sekian!



Friday, August 3, 2012

Izinkan Aku Pergi Bersama Dia

Sejak akhir-akhir ni suke lak dengar lagu2 org yang ucapkan selamat tinggal... Mungkinkah aku akan pergi??? 


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Lirik Lagu Teman Pengganti – Black feat Malique

*Kalau tak sempat mintak maaf.. Harap entri ini tak terlalu terlewat.. Mintak maaf buat semua insan yang mengenali diri ini...



Wednesday, August 1, 2012

Teman aku buat kali terakhir... Aku akan jatuh



Aku percaya sedikit waktu
Kan terbuka hati yang kau bawa
Sambut tangan ku
Biarku bawa kau ke tempat yang tiada orang tahu

Ku kan menunggu bayangmu 
Berikan jawapan mu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatanku kepadamu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku akan jatuh

Dunia hitam keliling malam 
Kesejukan menunggu panggilan

Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapan mu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku kepadamu

Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir aku jatuh

Selagi kau berdaya
Jangan kau lupa
Segala yang telah kita lalu bersama

Jeritan ke angkasa
Selamatkan dia
Selamatkan kita semua

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku kepadamu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku telah jatuh

Bunkface - Jatuh




Sape Nak Duit Raya?


Sila pilih.. sorang satu jer k!!! Jangan tamak bulan2 puasa neh...



Testing One Two Three Four!!! Again!!! zzzzZZZzzzzZZZ


Mengantok di bulan puasa.... ZZZzzzZZZZzzzZZZZ