Sunah Suka Sakura dot com

Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Koleksi Gambar Buah Hati Yang Melampau - Part 2

Sambungan dari ---> PART 1

suke wat muke kesian kalo nak mintak masuk bilik aku

Suke wat muke macam ni taw!!!!

Jadi hyperactive kalo ikat riben kat ekor die


suke panjat tingkap sambil pandang luar rumah

Kalo aku tengok tv.. die paling penyibuk

suke main sorok-sorok gak si Tinny ni

Bila dah bosan main sorok2 dalam kotak.. Die cari idea mainan lain lak

Pantang nampak aku nak ambik gambar.. sure akan posing maut punya la!

Lapar... Muke mintak makanan

Muke penat.. tapi still nak main...

Kalo aku tinggal laptop on.. memang teruk la die ni ceroboh!

selepas mengandung.. die selalu meniarap cengginih

Kalo aku busy.. diorg pun buat-buat busy

Part paling best... Balik keje mesti die nak kiss aku sebelum tido... Muahhhh




Koleksi Gambar Buah Hati Yang Melampau - Part 1

Sesekali teringin gak nak post gambar buah hati kesayangan aku yang satu neh.. Tinny.. Sejak kecik sampai la dah besar.. aku jaga die dengan penuh kasih sayang.. Harap generasi penyambung Tinny ni akan berkelakuan seperti tinny jugak.. bijak dan dengar kata...

Hari pertama ikot aku balik rumah...

Selesa bersama aku setelah seminggu

Bersama Tizzy n Tammy

Kalo tido Tinny takkan pedulikan yang lain :)

Makin membesar - Paling suka main dalam beg plastik dan beg kertas

Kuat memanjat gak

Hehheehe.. nak interprem jugak...

Sambungan  -----> PART 2







Lelaki Yang Tiada FB, Twitter, Instagram dan Sewaktu Dengannya...

Mungkin ini yang bisa seseorang itu lakukan jika emosi di kuasi oleh rasa marah... Namun aku harap apa yang aku lakukan ada hikamah disebaliknya. Tiada Fb, Twitter bukan penamat segala hubungan sosial :)

Ya.. Aku lah lelaki yang takde FB, Twitter, Instagram


Apa la nak jadi dengan aku ni kan... Selalu sangat naik angin...Marah tak tentu pasal.. tapi mungkin jugak disebabkan oleh rangkaian jaringan sosial online yang buat aku jadi macam ni.. So lepas ni aku nak tengok samada aku masih dengan baran tak tentu pasal aku ni lagi atau tidak...

Atau mungkinkah dengan faktor usia? errrrr.. makin tua makin sensitifkah? mungkin jugak kot no... takpe2.. aku akan belajar mengawal semua yang aku rasa ni... Sikit sikit aku cuba :)

Nmpaknya lepas ni aku makin kerap la jadikan blog aku ni sebagai diari harian aku untuk luahkan segala yang aku rasa.. Kembali ke zaman mula2 aku tulis blog.. apa saja rasa aku akan luahkan kat sini.. marah.. gembira..sedih.. sakit... sihat.. semua aku akan luahkan kat blog...

Apa pun setiap insan yang pernah wujud dalam hidup aku takkan lupakan.. Insyaallah.. aminnn

*Rasanya ade ker yang perasan aku dah takde FB, Twitter, Instagram? ahahhahaaha



Monday, November 26, 2012

Menitis Air Mata Dengar Lagu Ini...

Mungkin lagu ni sudah lama diputarkan di corong-corong radio.. Tapi selalunya aku akan dengar tanpa menghayatinya.. Sebentar tadi terjaga dari tido.. Kedengaran lagu ini berkumandang sayu dalam bilik aku... Aku hayati tiap barik lirik lagu ini.. Aku dalami setiap maksud yang tersirat.. aku mainkan berkali kali...Akhirnya tanpa aku sedar air mata lelaki ini menitis.. tidak tahu kenapa... Tapi aku dapat rasakan lagu ini terlalu menyentuh hati aku...

"Menuju ke bintang" 



Asmidar - Biar Sampai Ke Bintang

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang





Saturday, November 24, 2012

Seharian Di Shout Award 2012 [Cerita Bergambar]


23 Nov 2012, Keje... Seharian.. penat la jugak... Tapi ini kan keje aku.. nak tak nak aku kene buat kan.. :) Mujur la aku ade team yang cukup best... So segala penat pun takde rasa sangat :) 

Tak banyak nak cerita, cuma nak highlight apa yang aku  suke jer... Macam biasa, ku lebih suka gambar-gambar yang bercerita.. Heheheheheh

Inilah team aku yang sentiasa gempak. Walaupun kami cuma berempat tapi sentiasa berkerja bersama-sama. (dibantu dengan produksi lain juga yang cukup menolong)


Ini pula host 8TV NITE LIVE yang sentiasa Awesome wei!!!!!

Untuk aktiviti petang, aku dan team melakukan tugar red carpet.. kat sini nampak pelbagai jenis fesyen di peragakan.. aku tak pandai sangat nak komen.. mana yang aku rasa cantik dan mata memandang itulah menjadi pilihan aku :P

Yuna yang paling mencuri perhatian aku. Selain Fazura, Nora Danish 

Kalo lelaki lak aku lebih tertarik nak upload gambar Henry Golding. Sebab aku tau die ada tarikan die yang tersendiri

Gaya rambut Baki Zainal paling cool malam tu!! Mcm predator pun ade :p

Selepas red carpet.. Lepak rehat jap...

Untuk sessi malam lak aku banyak ambik gambar untuk persembahan stage.. Tak boleh nak upload banyak2... Sebab hak milik company.. Heheheheh.. So aku upload sekeping dua gambar jer yang aku paling suka.. hehehehe

Anugerah yang paling aku nantikan. Aku mula2 target Fazura yg menang.. Tapi Nora Danish yang menang.. Nora Danish cukup comel malam itu.. Layak!

Persembahan yang paling memukau. Yuna!!!

Persembahan penutup yang bertenaga dari Nu'est. Diterbangkan dari Korea.

Selepas semua anugerah dan persembahan dah selesai.. Kami ke post party pula.. kat sini masa untuk jumpe artis2 yang terlibat... makan-makan bersama2... chit chat..

Aku sebenarnya tinggi.. cuma aku rendahkan sikit agar nak nampak Henry kelihatan lebih tinggi dari aku =.=" 


PENAT TAPI GEMBIRA!!!




Sunday, November 11, 2012

Cinta Itu...

Kata atuk,
cinta itu umpama bunga...
jika ianya mekar..
nampak berseri.. 
wangi dan digemari....
bila layu...
di biarkan ia pergi.....

Kata Nenek,
Cinta itu ibarat pencuri...
mencuri hati manusia normal...
tidak dipulangkan...
hingga insani rasa kehilangan...
yang sukar di cari ganti....

Ibu pula berkata....
Cinta itu bak kupu kupu
cantik... berseri.. berwarna warni...
bebas terbang madu dicari...
bila madu habis di miliki...
terbang lagi mencari pengganti....

Ayah senyum dan berkata....
Andai cinta itu kereta...
bisa bawa kemana-mana...
walaupun hingga kehujung dunia...
namun cinta bagi ayah umpama 
Kapal di luasnya samudera....
mencari tempat berlabuh yang sudi menerima...
dimana nakhodanya insan yang kehausan
kasih sayang sesama manusia....

Bagiku pula....
Cinta itu umpama dunia....
dimana letaknya bunga, pencuri, kupu kupu, 
kereta dan kapal layar....
terlalu luas untuk dimengertikan
hingga tekadang kecamuk minda...
dek pelbagai rasa yang hadir....
kerna dengan cinta pemberian Ilahi...
wujudnya rasa bahagia, derita, gembira,
merana, kecewa.....
tapi.... yang pastinya semua ingin berakhir dengan 
Cinta Azali......Hidup dan mati bersama..
hingga ke akhir nyawa...





Saturday, November 10, 2012

Teman Bersyarat

Tak pernah ku meminta lebih dari itu....
wahai sahabatku.....


Teman,
ku hulurkan tangan tanda persahabatan,
walaupun ianya bersifat rahsia....
bersahabat.. tapi tiada org lain bisa tahu...
Teman rahsia

Teman,
ku tahu aku tak sehebat temanmu yang lain
yang bisa di banggakan olehmu
namun aku masih merasa bangga kerna bisa menjadi..
salah seorang temanmu...
walaupun dalam rahsia....

Teman...
keluar denganmu satu rahsia...
makan denganmu satu rahsia...
sms denganmu satu rahsia...
rahsia yang selama ini aku pegang dan 
sampai sekarang aku simpannya...

Teman...
tahukah kamu,
aku terlalu terharu pabila
salam persahabatan ini disambut mesra olehmu,
cukup indah perkenalan denganmu...
namun ianya rahsia....

Teman...
aku cuba berikan segalanya..
seperti temanmu yang lain...
namun aku bisa lihat...
mereka terlalu cukup hebat dibandingkan dengan aku...
tidak pernah sekali aku nampak
dirimu menyebut mengenaiku 
pada temanmu yang lain...
kerna aku tahu...
hadirku cuma satu rahsia...

Percayalah temanku...
sepanjang mengenalimu,
aku terasa begitu cukup bersyukur...
ditemukan insan yang sepertimu.....
penuh gelak tawa dan motivasi diri...
namun hingga kini aku rahsiakan semua ini...

Teman...
mungkin bukan caraku...
untuk meninggalkan dirimu...
namun aku rasa itulah pintamu...
biarlah aku mulakan semua itu..
demi tiada lagi rahsia....


Maafkan aku jika luahan ini
menggangu sedikit perasaanmu..
namun aku ingin jua luahkan semua ini...
moga ianya bukan lagi rahsia....

Aku terlalu sayangkanmu wahai teman rahsiaku....
Maafkan aku....