Sunah Suka Sakura dot com

Monday, December 2, 2013

Ukirkanlah Senyuman Dibibirnya Itu...

Sekian lama aku tak luahkan rasa kat blog aku ni...  Terdetik malam ni nak update sikit.. Semua ni gara-gara aku terbaca satu blog yang buat aku senyum dan sesekali hatiku tersentuh dengan penulisannya...

Susunan ayat jelas menampakkan dia seorang yang mempunyai jiwa yang begitu halus... Riak wajahnya pula tenang tak setenang dengan apa yang telah dia lalui....

"Aku merasa tenang bila seseorang memintaku menjaga diri, Namun aku lebih merasa tenang jika seseorang itu ingin menjaga diriku" 

Simple tapi terkesan... Apa pun aku berharap segala gelora yang melanda jiwanya itu sentiasa dapat diatasi, dan berharap dia sudi membuka hati dan menerima seseorang yang baru dalam hidupnya... Kerna percayalah, kedang2 kita perlu melepaskan sebahagian untuk mendapatkan sebahagian.. Lupakan segala peristiwa hitam semalam untuk melakar kenangan penuh warna dihadapan...





*Menghitung detik 13 December 2013




Wednesday, November 6, 2013

Semi Final Muzik Muzik 28 - (Calon-calon dan ramalan yang layak ke final)

Dah lama aku tak belek blog aku neh.. Tah la nape hari ni terdetik nak buat entry. Entry AJL lak tu.. ehehehehe.. Sekadar nak berkongsi kehangatan AJL kali ini. Semi final kali ini dijadualkan berlangsung pada 8, 15 dan 22 November, separuh akhir kali ini sekali lagi menjanjikan satu persaingan yang sengit. Untuk menyaksikan sendiri 'perlawanan' ini,  dapatkan pas masuk di Balai Pengawal TV3 bermula 6 November 2013.



Senarai yang layak ke semi final telah dikeluarkan oleh pihak TV3, calon-calonnya adalah :

Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 Minggu Pertama (8 Nov 2013) :
1. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan *
2. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara *
3. Menunggu = Akim *
4. Jangan Pergi = Loka
5. Tetap Menantimu = Nomad 
6. Cinta Kasih = Nubhan feat Mila 
7. Tak Cuba Kembali = Asfan *
8. Setia Hujung Nyawa = Fiq feat Mell Sakura
9. Agenda Jahiliah = Bunkface *
10. Takkan Terpisah = Black  *
11. Permata = Alyah feat Ben 

Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 Minggu Kedua (15 Nov 2013) :
1. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter  *
2. Kita = Forteen 
3. Dewi Cinta = Adira 
4. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
5. AdaMu = Najwa Latif  *
6. 5 Minit = Ramlah Ram feat Caprice 
7. Hanya Aku = Hyper Act 
8. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael *
9. Aku Pelat = Salam Musik 
10. Kau Yang Terindah = Alyah 
11. Penghibur Jalanan = Amir Jahari  *

Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 Minggu Ketiga (22 Nov 2013) :
1. Bahagiamu Deritaku = Hafiz *
2. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
3. Bosan = Stacy 
4. Kembali = Akim feat Stacy 
5. Anugerah Hidup = Estranged
6. Dwihati = Aizat feat Yuna *
7. Rumah Kita = Hujan *
8. Jagalah Diri = Jaclyn Victor *

Lagu yang tercicir : Angin Sorga - Misha Omar, Kosong atau I Love You - Najwa Latif, Seperti Dulu - Amylea, Batu Belah Batu Konkrit - Loque ft. Asmidar, Kali Pertama - Asmidar.

Kisah hati jugak tetap dihati!! eh!!

Kalau nak tau pilihan aku lebih tertumpu kat lagu2 yang tak masuk semi final.. Hurm... Jadi tanda tanya gak nape lagu2 tu tak dapat masuk semi final kan???

Jeng jeng jeng.... Dan lagu yang aku rasa akan melangkah kaki ke final pula adalah :) Tunggu diorg umumkan dulu la k.. aci tak aci tak?? :P (yang bertanda * kat sebelah nama lagu diatas tu la jadi pilihan aku) Anda bagaimana? 

Nak lagu Elly Mazlein jer jadi Juara AJL kali ini :P 







Thursday, May 16, 2013

Cita-citaku Suatu Ketika Dulu

Semua insan pasti ada cita-cita. mungkin dan ada yg sudah capai apa yang dicitakannya.. dan aku yakin masih ramai yang tergapai2 dalam usaha mencapai cita-cita tersebut..

Hari ni aku cuma nak share sikit pasal cita-cita yang pernah aku tanam sewaktu ketika dulu...

Disekolah rendah, cikgu pasti akan bertanyakan apakah pekerjaan yang ingin anda dapatkan semasa besar nanti.. Jawapanku spontan.. Askar :P Ini mungkin sebab banyak terpengaruh dengan permainan berbentuk askar dan perang-perang masa kecik dulu.. 

Aku pernah jadi askar gak ok!

Tapi cita-citaku sentiasa berubah.. Biasa la.. zaman budak2.. tak berapa tetap pendirian :P 

Sekolah menengah, Ditanya lagi mengenai cita-cita.. Dengan megah aku menjawab.. PEGUAM :)  sebab? akak aku yang suruh.. Sedangkan masa tu aku tak tau pun apa tugas seorang peguam... Bila dah masuk form 3, cita-cita yang nekad aku tanam adalah untuk menjadi GURU BAHASA.. 

Minat aku dalam bidang penulisan amat ketara masa aku melangkah masuk form 4, dan sebab itulah aku begitu yakin untuk menjadi guru bahasa.. Namun keputusan peperiksaan tidak menyebelahi aku.. 

Bercita-cita menjadi seorang pelakon? TAK!!!

Isi borang UPU, sekali tak dapat langsung bidang pendidikan. Dapat jurusan MULTIMEDIA.. Dalam kepala otak aku pada ketika itu bila jurusan multimedia, aku akan menjadi wartawan :P begitu sempit kan pemikiran aku :P (ketika itu)

Ditanya oleh kawan baik aku semasa tengah bertungkus lumus mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa, apa yang ingin aku jadi.. Dengan yakin aku menjawab, aku ingin berkerja di Station TV. Memandangkan minat aku dalam bidang video yang menjadi salah satu teras kursus yang aku ambik :)

Alhamdulillah, akhirnya aku disini, di station tv Media Prima, walaupun aku tidak begitu berjaya sebagai seorang "Interactive Specialist" disini dan aku akan terus berusaha untuk mendaki setangga ke setangga :) Insyaallah.

Aku kini :)


Sempat juga merasai menjadi seorang Bomba selama dua tahun :)


Apa pula cita2 anda sejak kecil dulu? ingat2kan kembali :)

*Cita-cita aku untuk masa tuaku, INGIN MEMBUKA SEBUAH PUSAT JAGAAN KUCING TERBIAR :)












Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu.... Rahsia Yang Tak Pernah Aku Luahkan...

12 May... Hari Ibu.. Sehari sebelum hari ibu aku seakan rasa terlalu jauh.. berjauh hati.. Aku cuba tenangkan diri ini.. Namun aku kalah dengan air mata yang sudah lama tidak mengalir... Hati ini terlalu rindukan seorang ibu.. Ibuku... 

Memoriku singgah dizaman kecilku... Masih jelas kenangan aku dikejutkan awal pagi.. untuk ke sekolah.. Setiap hari.. Namun yang paling diingati dizaman sekolah adalah, setiap kali aku mewakili sekolah untuk apa-apa pertandingan, mak akan mandikan aku.. Dia mahu lihat anak dia ini nampak sempurna dimata orang lain.. 

Masih jelas bermain diminda, semasa disekolah rendah, keluargaku amat kekurangan... Ibuku awal-awal pagi akan masak nasik lemak untuk aku jualkan disekolah. Walaupun peraturan sekolah tidak membenarkan aku untuk menjual, namun aku tetap menjualnya secara senyap-senyap.. Supaya nasik yang emak masak habis dibeli... Berkali-kali aku diberi amaran supaya tidak berniaga di sekolah... Namun itulah sumber pendapatan tambahan keluarga kami... Duit ayah jual sayur kadang-kadang tidak cukup untuk kami sembilan beradik. Akak aku yang sulung pula sanggup berhenti dari sekolah semata-mata untuk membantu Ibu dan ayah mencari pendapatan untuk kami adik-adik yang lain meneruskan pengajian.. Akak walaupun seorang pelajar pintar sanggup berhenti dan berkerja sebagai pembantu rumah, mungkin pada waktu itu aku masih belum matang untuk kenal erti kepayahan hidup... Mungkin semua inilah yang banyak mengajar aku akan rendah diri, mak pernah mengajar aku menjadi penjual nasik lemak, pengembala lembu, pekebun sayur... Aku takkan lupa semua itu... 

Setiap kali musim raya, Mak kenakan syarat jika mahu mendapatkan baju raya... Mak menyuruh aku menjaga lembu.. Memberi makan minum lembu.. Menjaga supaya lembu itu tidak merayau dan makan padi di sawah orang lain.. Dulunya aku rasa mak amat kejam sebab mengenakan syarat sedemikian, namun bila aku mula meningkat dewasa, aku mengerti apa yang mak lakukan itu... 

Di sekolah menengah, Mak selalu beza-bezakan aku dengan orang lain... Aku tidak bijak seperti anak orang lain... Semuanya aku simpan didalam hati, aku tak pernah luahkan rasa terkilannya bila aku sering dikecil-kecilkan oleh ibu sendiri.. Aku akan berkurung dalam bilik sambil tertanya kenapa aku yang tak pernah dapat kasih sayang seperti abangku, adikku yang lain... Tapi, disebalik semua itu rupanya ada yang cuba mak aku tanamkan dalam diri aku... Supaya aku terus berusaha dan cuba menjadi seorang insan yang tidak mudah bergantung terhadap orang lain... 

Semasa aku di pusat pengajian tinggi pula, semester kedua, akibat terlalu tertekan aku nekad untuk berhenti dari meneruskan pengajian. Aku nekad untuk membawa diri ke Kuala Lumpur mengikut seseorang yang aku cuma kenal dialam maya...Dalam bas menuju KL, Ibu dan kakakku ke kolej untuk menemui aku namun tiada siapa yang tahu kemana aku pegi. Kebetulan seorang kerani kolej agak rapat dengan aku, dialah yang menelefonku dan memberitahu bahawa Ibuku mencariku di kolej. Mungkin naluri seorang ibu itu kuat.. Sepanjang aku disitu mana pernah ibuku menjengukku, tapi bila aku sudah ke Kuala Lumpur, die secara tiba2 datang ke kolejku... Namun aku tidak memberitahu ibu yang aku telah nekad untuk tidak meneruskan pengajian...

Restu seorang ibu tidak aku terima, Hari pertama di Kuala Lumpur, satu titik hitam telah terjadi dalam hidupku.. Yang takkan aku lupakan sepanjang hayatku, Malam itu juga aku mengambil bas untuk balik ke kolejku.. Insan yang bermain di fikiranku kini cuma Ibuku.. Aku kembali ke kolej dan meneruskan pengajian walaupun dalam jiwa yang penuh keterpaksaan, dan aku lakukan semua ni semata-mata untuk ibuku.. Aku mahu buktikan anaknya ini juga mampu menggenggam segulung ijazah.. Namun titik hitam itu acapkali singgah jua diminda ini...

Aku kini sudah berkerjaya, namun  aku masih belum luahkan "Mak aku sayangkanmu". Aku tidak mengerti kenapa aku terlalu sukar luahkan didepan ibuku.. Jauh disudut hati ini mahu saja aku luahkan berkali-kali...Namun... Mak, aku harap nalurimu dapat membaca perasaanku ini.....

Ibuku, aku kagum dengan ketegasanmu... Aku tak pernah lihat walaupun setitis air matamu menitis sepanjang hayatku ini... Aku tahu berat beban yang telah kau tanggung selama ini.. mendidik aku menjadi insan yang berguna... Namun, airmata itu tidak pernah kau pamerkan didepan kami anak2mu.. Tanpamu aku pasti aku bukan siapa siapa...Aku tahu aku bukan anak yang terbaik, namun aku akan terus mencuba menjadi yang terbaik untukmu... Aku perlukan restumu untuk aku meneruskan kehidupan aku yang penuh liku ini... Wahai Ibuku...



Hargailah ibu anda selama hayatnya masih ada... Jangan terlambat, sehingga anda akan perlu menangisi dipusaranya... 





Wednesday, April 17, 2013

Kota Kinabalu Trip With BFF (Pulau Indah Di Sabah) Day 2

Sambungan dari entri ---> INI

Hari kedua di Kota Kinabalu, Malam tadi aku tak dapat nak lelapkan mata. Mungkin aku lom biasa dengan tempat baru.. Dalam jam 5 aku dah layan tv sorang2 kat ruang tamu... Yang lain masih terbongkang... Terima wassap dari Rosmina berbunyi.... "Jumpe jam 9 kat Jesselton Point". So aku pun siap2 la mandi walaupun yang lain masih terbongkang.

Comey Macam Kak Ton Tak???
Dah siap2 sampai comey macam Kak Ton, so terus kejutkan mereka2 yang masih terbongkang... (rasanya part ni tak perlu kot no aku nak cite? errrrr )

Berjalan kaki menuju Jesselton Point

Ok, dah siap, kami berempat memulakan perjalanan menuju ke Jesselton Point.. Mula2 jalan kaki jer.. ahahahaha.. kemudian rasa terlalu lambat. Beranikan diri naik bas. Jakun sebab dah lama tak naik bus. 5 kupang jer k untuk sampai ke Jesselton Point.  Akhirnya kami tiba di Jesselton Point!!!!

Jesselton Point
Kami tiba disini sebelum jam 9 pagi.. kiranya misi kami berjaya untuk tiba tepat pada masanya :) Tapi...cinta bukan milik kitaaaaa... semuaaaa... eh eh.. silap!!! Tapi, rupanya Rosmina n Siti sampai lebih awal.. 

Kami sudah tiba!!!

Ditegaskan sekali lagi.. kami sudah tiba!!

Ambik masa untuk bfast terlebih dahulu sambil menanti ketibaan Nasz lak. 

Nasz tiba bersama kawannya dan kami berkumpul sambil memulakan sessi ice breaking.. dalam sessi ice breaking, terdapat beberapa game yang mampu merapatkan hubungan sesama kawan (ok part ice breaking ni aku tipu)... Tahun lepas aku ada juga datang kesini... Entrinya ada ----> DISINI

Sempat gak posing-posing manje kat sini :

Bawaku terbang kata Allan

Senget

Update Instagram dan Facebook sebelum menge"boat"

Bersama dua rakan baik blogger - Rosmina n Nasz

Pulau Sapi
Tepat jam 10pagi, kami memulakan per"boat"an menuju ke pulau pertama iaitu Pulau Sapi. Sepanjang ke Pulau aku banyak melihat langit dan air laut.. Sebab aku kan sukekan pantai dan langit biru.. Hanya Ilusi Dapat Menyatukan Langit Dan Bumi.. eh!!!

Dalam boat pun sempat ambik gambar :P

Tak sampai 40 minit kami akhirnya tiba di Pulau Sapi nan indah. Setibanya disana aku terus melompat masuk ke laut dan terus melakukan penerokaan kedasar laut... Hanya Tuhan yang mampu mengetahi perasaan yang aku alami tiba snorkling itu. Indah dan nyamannnya ciptaan Ilahi.. Walaupun stress berjuta tahun, jika singgah disini selama seminit pasti akan rasa tenang dan hilang tekanan yang ada.

Indah bukan???

Meneroka pantai selama beberapa jam, kemudian kami dihidangkan pula dengan pelbagai jenis makanan untuk santapan tengahari. Semua ini termasuk dalam pakej yang Siti tawarkan!!!! EH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! macam mana aku leh terlupe nak ambik gambar dengan Siti neh!!! alaaaaaaaaa...... Ralatnya rasa....

Rehat sebentar.. Kejap lagi sambung snorkeling 

Dengan Nasz

Untuk sesiapa yang inginkan pakej yang berpatutan bolehlah menghubungi siti ditalian .... talian.. ape eh talian  Siti?? takde lak.. aku cuma ade contact num Rosmina :P

Tahun lepas pun aku ambik dengan gaya yang sama seperti ini... Tak caya  belek ---> DISINI

REMARK!!!! Di Pulau Sapi ini cuma aku, Allan n Rosmina sahaja yang berenang ke tengah laut!!!! yang lain menduyung di persisir saja!!!! geramnya!!!! macam nak tarik sorang2 pegi tengah2 jer.. yang tak tahan tu siap ada yang panik bila kaki tak jejak pasir.. gelabah dan lemas.. cer teka sape yang dimaksudkan??? ahhahaah

video
Suasana di dasar yang sempat aku rakam... indah kan?


Pulau Manukan
Selepas puas meneroka pantai di Pulau Sapi (sebenarnya aku lom puas), kami menuju pula ke Pulau Manukan. Disini aktivi yang lebih kurang dilakukan, cuma dalam keaadan pantai yang berbeza, jika di Pulau Sapi pantainya agak terbuka dan kurang pokok, tapi lain pula di Pulau Sapi, pantainya lebih redup kerna dilindungi oleh banyak pokok Rhu.

Suasana di Pantai Pulau Manukan

Cantik kan?

Alhamdulillah, disini ikannnya lebih berani sebab mereka berani berenang hingga ke persisir pantai, jadi terlepas la kempunan rakan2 aku yang kurang yakin untuk berenang ke tengah laut tu :)

Cantik kan nemo nemo ini sekalian?

Lepak lak di Pulau Manukan ini hingga jam 4.20petang.. Namun hati aku masih berat untuk meninggalkan pulau yang indah ini... Aku berjanji akan datang lagi satu hari nanti!!!

Takmo balik!!!


Medan Ikan Bakar Pasar Philipines
Balik dari pulau kami terus menuju ke apartment untuk rehat buat seketika, dalam jam 8 kami kelua untuk mengisi perot nan lapar. Destinasi yang kami tuju adalah Medan Ikan Bakar Pasar Philipines

Kami yang kurang arif pasal tempat makan yang sedap disitu memilih tempat yang cantik dan bersih.. Pembalut mejanya putih bersih dan kerusinya dibalut dengan alas merah yang nampak amat exclusive. 

Kami terus mengorder ikan bakar, sotong tepung, kailan ikan masin dan lain2... 

Jangan tertipu dengan rupanya

Bersedia untuk menjamu selera

Dengan begitu terujanya kaminya menjamah apa yang dah kami pesan.. amatlah mendukacitakan.. Rasanya tidak seperti yang kami harapkan.. Sedih....  So kami meninggalkan Medan Selera dengan rasa hiba... Menuju balik semula ke apartment untuk lelapkan mata menanti hari esok....

Kesimpulannya dihari kedua ni kami banyak lakukan aktiviti pulau... Kalau tak datang kota Kinabalu memang tak sah kalo tak meneroka lautannya....




Tuesday, April 16, 2013

Trip Kota Kinabalu With BFF (Tempat dan Makanan Di Kota Kinabalu) Day 1

Tanggal 12 April 2013, aku bersama teman rapat aku telah merancang satu percutian ke Kota Kinabalu, Sabah. So nak share sikit pasal percutian kali ini.

Bersama BFF.
Tahun lepas aku dah datang Kota kinabalu (Trip Kota Kinabalu Tahun Lepas), tapi itu tahun lepas punya cerita. Tahun lepas sebab menang peraduan, tahun ini pula aku datang menggunakan modal sendiri dan bersama rakan-rakan baik aku. Kali ini percutian aku ditemani oleh Zulmat, Allan n Epul. Lama gak la plan semua ni, sebab waktu keje yang tak same.. Alhamdulillah akhirnya dapat gak berkumpul dan keluar bercuti bersama-sama.

Kat airport...  Bersama Zulmat, Epul, Allan

Tiba Di Kota Kinabalu.
Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di Kota Kinabalu selepas penerbangan selama 2 jam lebih. Yang lebih mengembirakan, kali ni rakan blogger NASZ, sudi untuk jemput kami di terminal. 

Nasz jemput dan hantar kami ke Apartment yang telah kami booking :) Thanks NASZ. Sebenarnya NASZ takut kami2 ni kene culik kat sini.. ahahahahahaha.. sebab tu NASZ sanggup datang jemput :P

Bersama NASZ si driver wanita


Api-api Apartment.
Sepanjang 3 hari di Kota Kinabalu kami bersepakat untuk menginap di apartment dua bilik di Api api centre.  Api api centre ini terletak di tengah pekan Kota Kinabalu. Apartment ini lengkap dengan dua bilik, ruang tamu yang dilengkapi sofa dan tv serta astro, Dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak, mesin basuh dan lain-lain.

Apartment yang bersih dan lengkap

Dah sampai tu masing-masing ambik masa untuk rehatkan diri buat seketika sebelum kelua makan malam... Untuk makan malam ini kami memilih Nasik Ayam Singapore yang terletak dibawah apartment saja :)

Nasik goreng dan juga nasi ayam singapore


Pasar Malam Sinsuran.
Sesambil makan sesambil juga sms rakan blogger - Eddy. Mula-mula ingatkan Eddy cuma main2 yang dia sudi untuk temankan kami untuk pusing Kota Kinabalu malam ini, tup tup die betol2 sampai didepan tempat makan malam kami.. Terkejut.

Kami naik kete Eddy die nak bawak pegi ke Pasar Malam Sinsuran. Kat situ terdapat pelbagai barangan hasil Kota Kinabalu.. seperti mutiara, kraftangan, baju, collegen, dan lain-lain...

Bersama Eddy memilih collegen.

Kami tak shopping sakan lagi malam pertama kat sini, sebab masih ada banyak masa untuk pusing pusing selepas ini :) 


Murtabak Kota Kinabalu.
Sebelum aku nak datang sini, ada ramai juga rakan FB yang mencadangkan aku supaya merasa murtabak disini. Jadi aku bertanyakan Eddy, die terus bawak masuk Pasar Philipines dan misi mencari murtabak bermula.

Jalan punya jalan, akhirnya jumpe jugak.. so kami pun makan laaaaaaaa.. sedap.... tak aku lebih suka murtabak yang kat Melake.. eheheheh..So lepas ni korang try murtabak Melake lak k.

Murtabak Kota Kinabalu

Menikmati Murtabak dan juga Terang Bulan

Setelah makan dan makan, kami meneruskan perjalanan.. menuju ke Pantai Tanjung Aru.


Jeruk Tanjung Aru.
Meluncur laju menuju Tanjung Aru, sepanjang perjalanan aku asyik nak tengok langit, tapi langit malam hari tak seindah langit disiang hari. Sesambil tu tanye juga kat si Eddy apa yang menarik di Tanjung Aru. Die cakap jeruk kat Tanjung Aru best... 

Errrr... nape dalam banyak2 Eddy cakap jeruk yang best? So aku nak sangat cuba jeruk yang die maksudkan.. Sebab setahu aku semua jeruk same jer :P 

Setiba di Tanjung Aru, perkara pertama yang aku cari adalah jeruk.. Ok, aku akui jeruk disini agak lain.. Hheheeheh.. sedap gak!!!! 

Jeruk disini ada rasa pedas juga :)

lepak lebih kurang sejam dan kami terus balik ke apartment. 

Birthday Zulmat.
Sebenarnya tujuan aku ke Kota Kinabalu kali ni adalah untuk meraikan birthday rakan baik aku yang sorang neh.. zulmat namanya.. 

Nak dijadikan cerita, akibat terlalu leka pusing kota Kinabalu, aku akhirnya terlupe untuk beli kek sempena birthday Zulmat!!! DEM!!! bila dah ingat, time tu dah jam 11malam.. So kedai mesti dah tutup.. Apa pun sambutan harus diteruskan.. Aku terus kekedai dibawah apartment untuk mencari kedai 24 jam.. Alhamdulillah, ada jugak kedai yang masih dibuka... Cari punya cari, cuma ada kek cawan jer.. aahahahah.. boleh la dari takde kan....

So sambutan hari lahir Zulmat diteruskan berbekalkan kek cawan yang comel! :P

Birthdayboy :P

Bersama birthdayboy :)

Harap perhubungan akan kekal hingga ke akhir hayat.. Insyaallah

Aku tunggu lilin yang dipasang atas kek sehingga padam, barulah aku masuk tido... Sebab esok kami akan bangun pagi untuk berjumpe lagi dengan seorang rakan Blogger untuk melakukan aktiviti pulau!!!

Hari sudah larut malam, lilin hampir terpadam.. Masa untuk tido... ZZzzzzzZZZzZZZZ

Sambungan ---> DISINI




Wednesday, April 10, 2013

Hi Saya Emma Maembong...

Hi.... Saya Emma Maembong...





Tuesday, April 9, 2013

Lelaki Dan Kpop

Sedikit saja perkongsian, dari pandangan seorang "aku".

Sebenarnya aku seorang peminat lagu melayu... Lagu-lagu yang popular pada zaman aku.. Macam lagu Elly Mazlein... Elly Mazlein.. dan Elly Mazlein.. EH!! tak2.. Banyak lagu yang aku minat macam Elly Mazlein(lagi),  Zaid, Ukays, banyak gak rupanya kalo aku nak listkan semua penyanyi yang aku minat memang ramai...

Kpop pulak... EUWWWWWWWWWWWWWW... Mana la orang macam aku layan KPOP.. Namun setelah lebih dua tahun mengendalikan 8TV NITE LIVE, perasaan EUWW aku tu mula hilang sedikit demi sedikit....

Jujurnya kini aku salah seorang peminat bagi genre lagu ini, mungkin disebabkan oleh hari2 aku terpaksa mengadap lagu2 ini untuk diedit bagi disiarkan dikaca tv... Walaupun aku sememangnya tak faham apa yang cuba disampaikan lagu2 KPOP neh... 

Ok aku senaraikan antara yang aku minat:
1- T-ARA (sebab diorg comel)
2- Bigbang (sebab konsert diorg SUPER GEMPAK)
3- F.T Island (sebab die lagu die best)
4- Dan lain-lain...

Bersama B.A.P di Sunway Lagoon

Lunafly

Zelo

Boleh dikatakan setiap konsert atau mini show case yang melibatkan artis dari korea ini pasti akan aku pegi untuk urusan keje... 

Aku tak salahkan sesiapa nak "euw"kan aku bila tau aku mula minat kpop, namun aku cuma nak kata satu jer.. "Setiap orang ade minat masing" Bagaimana jika org lain "euw"kan minat kita? :) Bagaimana tiba2 di Korea sane, ade orang minat artis Malaysia seperti Elly Mazlein dan orang Korea itu dikecam kerana minat artis dari negara kita? So belajar la hormati minat orang lain.. Kalau tak suke sila abaikan.. :) (Tapi jangan lak terlalu fanatik sampai boleh memburukkan keaadan yer)

Aku takde la Fanatik KPOP sangat... Tapi aku leh layan lagu diorg :) Berkerja dengan diorg amat senang.. sebab sepanjang aku bertugas, mereka amat displin dan menepati masa :) Tak macam artis.... artis.. tuttttttttt................



Monday, April 8, 2013

Workout Di Celebrity Fitness


Sedikit perkongsian mengenai aktiviti aku dua bulan kebelakangan ini. Sebenarnya aku diamanahkan untuk update perjalanan sepanjang aku melakukan aktiviti di Celebrity fitness ini.. Namun atas kekangan masa yang terlampau aku akhirnya terpaksa menangguhkan entri yang berkaitan dengan aktivitiku di situ :)

Sepanjang dua bulan di Celebrity Fitness, aku di tawarkan dengan pelbagai kemudahan yang terkini bagi menjalani aktiviti senaman. Aku juga di bantu oleh staff dan juga jurulatih yang ramah dan baik hati (demmm.. ayat aku macam terlalu sekolah rendah...)

Di Celebrity Fitness aku amat malu mengambil gambar bagi menunjukkan apa yang telah aku lakukan namun mungkin pada masa akan datang aku akan mengambil gambar bagi menunjukkan apa yang telah dilakukan sepanjang disana...

Gambar ni aku ambik kat Celebrity Fitness =.="  
Motiffffff????

DEmmm demmm demmmmm ape yang aku tulis neh? otak masih lom centre neh.. 

Apa2 pun aku cuma ingin sampaikan yang aku kini bertanggungjawab memastikan akan ada progress sepanjang 6 bulan sepanjang aku menggunakan perkhidmatan Celebrity Fitness... Nantikan lagi entri akan datang...

Entri ini ditaja! :P 

Harap Celebrity Fitness Mampu buatkan aku lebih sihat... Tak tough takpe, janji sihat.. :P




Tak Cuba Kembali


Dalam hidup kita, pasti ingin saja kita dipenuhi rasa bahagia.. Namun yakinkah bahagia itu sentiasa milik kita? 

Jika sekadar untuk melukakan... Aku rayu agar jangan pernah muncul dalam hidup ini... Mungkin dirimu tak pernah rasa sakitnya bila impian sudah didepan mata, namun dengan sekelip mata saja ianya berkecai sesaat cuma... 

Sakit dan betapa terlukanya diri ini bila senyuman yang mula diukir sedetik cuma diganti dengan tangisan tanpa henti saban malam.. Mungkin tiada luahan yang dapat aku luahkan secara tepat untuk aku gambarkan rasa gelisah, pedih, terluka hati ini dengan apa yang terjadi... Namun aku tahu semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...

Aku pohon padamu... Letakkanlah dirimu dalam situasi aku.. pasti kau akan rasa apa yang aku rasa...


Saat terindah bisa daku mulai terasa
Sempurna cintaku pada kamu tika ku bersama

Kini tiada kau balas cintaku dengan dusta
Percuma cintaku pada kamu sungguh ku tersiksa
Tapi ku coba mengerti dan ku coba untuk fahami
Lewat semua waktu ku untuk dirimu

Maafkan lah pinta ku begitu
Tak berdaya tak mampu menjaga cintamu
Hapuskanlah setulus kau khianati usah pernah tangisi
Maaf sejuta kata ku takkan coba kembali

Ku takkan sesali
Ku takkan coba kembali




Friday, April 5, 2013

Jangan Sangka Disebalik Senyum Tawa Itu Tak Tersimpan Tangisan Duka

Terlintas untuk menitip kembali blog yang makin hari makin pudar cahayanya ini.. Kesibukkan dalam menjalankan tanggungjawab membataskan aku untuk terus mewarnakan blog yang rasanya mula kehilangan pengunjung ini... 

Banyak sudah peristiwa yang terlepas untuk aku titipkan di ruangan penuh peribadi ini... Dan aku rasa peristiwa itu mungkin akan hilang sedikit demi sedikit dalam minda aku, almaklumlah usia mula meningkat senja... 

Hari ini secara tidak sengaja aku tersinggah di satu blog yang selama ini aku cuba elakkan. Aku tidak mahu cerita satu ketika dulu kembali menggamit di minda ini, namun satu frasa di google search telah menemukan aku di blog miliknya.. Senyum seorang diri takkala meneliti maklumat yang aku inginkan itu. Selesai meneliti maklumat yang aku inginkan, aku terdetik untuk klik pada lain2 pautan yang ada di blog miliknya.. makin di klik makin banyak pula yang ingin aku explore....

Mungkinkah Langitmu Lebih Biru?


Tersenyum seorang diri aku bila menyedari aku sudah jauh membelek blog miliknya itu.. Mungkin inilah yang orang kata:

"Jangan Sangka Disebalik Senyum Tawa Itu Tak Tersimpan Tangisan Duka"

Awak, mungkinkah kekutan yang awak simpan itu akan kekal sampai bila2? Ajarkan aku supaya aku sekuat dan setabah dirimu... Walaupun dirimu jauh lebih muda berbanding diriku, namun aku kagum dengan ketekunanmu.. Aku cuba setenangmu, namun aku selalu tewas jika emosi yang bercelaru ini datang...

Aku tidak mahu terlalu mengagumimu, kerna aku tahu setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, Apa yang aku harapkan, dirimu akan sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa saja yang dilakukan...

Ingatkan aku jika aku alpa, bimbinglah aku jika aku jauh tersasar... 

Mungkinkah dengan entri ini akan mengembalikan aku dalam dunia blogging?



Tuesday, January 29, 2013

Tempat Makan Sedap Di Damansara (Humble Chef)

Dah malam... Dalam jam 9.45malam Chansey, opismate aku ajak makan. Aku terus mengenakan baju pink kegemaran aku.. Tunggu die datang ambik.. Tah kali ni die nak bawak aku makan kat mane lak tah.

Ok, Kali ni die akan bawak aku makan kat tepi jalan jer.. Kat Bukit Damansara. Cafe Humble Chef. Sampai jer sini aku nampak diorg baru jer bukak lori tempat diorg meniaga.. Sebab menurut kata Chansey, diorang memang bukak "cafe" diorg pada jam 10malam. Tapi aku tengok dah ada pun orang yang tunggu... 

So aku ape lagi.. Terus berbaris jugak....

Dibelakang aku ni la "cafe" Humble Chef.

Kedai baru nak bukak tapi dah ade yang berbaris.

Aku beruntung kerana tiba awal.. jadi tak perlu la aku tunggu lama2... semua menu makan malam ni Chansey yang suggestkan...

Dan gambar menunya adalah seperti gambar dibawah: 

Cabonara dan Olio spegethi. Rupa dan bekas die simple jer!!! Tapi rasanya superb!!!

Inilah sifu makan-makan aku.. Selalu ajak aku makan lewat2 malam.. nak suh aku buncit macam die la neh!!!!

Aku terlupe nama benda neh... Tapi aku panggil benda ni kebab kambing

Suasana tempat makan aku.. Hehheheheh.. atas flyover ok!!!

Akhirnya aku habiskan semua makanan yang sedap ini!!!

So sesiapa yang nak try makan kat sini, dicadangkan yer.. hehehehehe... Datang selepas jam 10malam di Cafe Humble Chef Bukit Damansara :)