Sunah Suka Sakura dot com

Tuesday, January 29, 2013

Tempat Makan Sedap Di Damansara (Humble Chef)

Dah malam... Dalam jam 9.45malam Chansey, opismate aku ajak makan. Aku terus mengenakan baju pink kegemaran aku.. Tunggu die datang ambik.. Tah kali ni die nak bawak aku makan kat mane lak tah.

Ok, Kali ni die akan bawak aku makan kat tepi jalan jer.. Kat Bukit Damansara. Cafe Humble Chef. Sampai jer sini aku nampak diorg baru jer bukak lori tempat diorg meniaga.. Sebab menurut kata Chansey, diorang memang bukak "cafe" diorg pada jam 10malam. Tapi aku tengok dah ada pun orang yang tunggu... 

So aku ape lagi.. Terus berbaris jugak....

Dibelakang aku ni la "cafe" Humble Chef.

Kedai baru nak bukak tapi dah ade yang berbaris.

Aku beruntung kerana tiba awal.. jadi tak perlu la aku tunggu lama2... semua menu makan malam ni Chansey yang suggestkan...

Dan gambar menunya adalah seperti gambar dibawah: 

Cabonara dan Olio spegethi. Rupa dan bekas die simple jer!!! Tapi rasanya superb!!!

Inilah sifu makan-makan aku.. Selalu ajak aku makan lewat2 malam.. nak suh aku buncit macam die la neh!!!!

Aku terlupe nama benda neh... Tapi aku panggil benda ni kebab kambing

Suasana tempat makan aku.. Hehheheheh.. atas flyover ok!!!

Akhirnya aku habiskan semua makanan yang sedap ini!!!

So sesiapa yang nak try makan kat sini, dicadangkan yer.. hehehehehe... Datang selepas jam 10malam di Cafe Humble Chef Bukit Damansara :)




Misi Menawan Makanan Sedap Dan Tempat Menarik Di Melaka

Seperti biasa, perancangan di akhir minit. Opismate aku ajak gi cari makan kat melake.. Terus mulakan operasi ajak kawan2 terdekat untuk turut serta.. Akhirnya 5 orang bersudi menyertai rancangan ini termasuk aku.. Kali ni aku pusing-pusing bersama Helmi, Chansey, Izz, Epul.

Seawal jam 7 pagi kami bertolak dari Kuala Lumpur.Aku, Epul, Chansey gerak ke Cheras untuk ambik Helmi dan juga Izz di Pandan Indah. Belum breakfast, Jadi kami abik keputusan untuk sarapan di Hentian RNR Seremban.

Berehat dan bersarapan di RNR Seremban (kawan2 aku yg sudi ikot aku kali ni)

Selepas sarapan kami terus meluncur laju menuju ke Bandaraya Bersejarah, Lokasi pertama kami adalah ZOO... Saya tegaskan sekali lagi, ZOO Melake. Aku dah banyak kali masuk kat Zoo Melake ni.. Tapi mungkin rakan2 aku yang lain tak pernah masuk, so aku ikotkan aje. Pengalaman baru bagi diorg kot no..

Bayaran Masuk adalah RM10 bagi dewasa dan juga RM4 bagi kanak2. So lebih kurang sejam lebih  jugak la merayau dalam zoo melihat pelbagai jenis binatang kat sini.. ada yang pernah aku tengok dan ade yang belum.

Gambar pertama memula sampai Zoo Melake

Ade Ponny

Ade Ziraffah 

Orang hutan ade jugak

UFO pun ade!!

Gajahhhhhh gajahhhhh

Dalam sangkar burung neh

Teddy Bear

Ular ni aku tak geli pun okey

Pusing-pusing kat dalam sampai la perot lapar... sangat lapar.. So misi seterusnya mencari ASAM PEDAS. Tapi aku tak sempat snap pic la plak asam pedas yang kitorg makan tu.. Sebab terlalu lapar sampai nak snap gambar pun leh terlupa.. Lokasi tepat pun aku tak pasti namanya, yang pasti tak jauh dari Jongker Street.

Di Jongker Street

Jongker Street

Alang-alang makan area2 Jongker Street, kami kami ambik keputusan pusing2 sekitar situ. Lokasi pertama adalah Menara Tamingsari. Ok, sepanjang lebih 9 tahun aku berulang alik ke Melake, aku tak pernah pun naik menara ni. Kali ni kami ambik keputusan dengan menawan menara Tamingsari ni. Dengan hanya bayaran RM10 kami pun naik dan menikmati panorama Bandar Melaka dari ketinggian lebih 800m.

Tiket masuk!!!

Diatas Menara Tamingsari

Permandangan dari atas puncak Menara Tamingsari

Yeay kami dah tawan Menara Tamingsari

Selepas tu berjalan lagi menuju Jongker Street, kami singgah pula di Kapal ini.. Kapal ni pun aku dah masuk banyak kali.. hehehehehhe

Dah selalu datang sini

Seterusnya kami pegi pula jalan-jalan sekitar Jongker street.. Banyak barang menarik disini, tapi satu barang pun aku tak beli.. heheheehhe.. kat sini juga kami makan laksa n cendul yang paling terkenal di jalan ini..

Gambar kenangan

Cendul durian yang amat sedap.. Terlupe lak nama kedai die..

Chansey makan sorang2.. langsung taknak kasi kawan2.. die memang selalu tamak macam ni.. kesian kawan2 chansey T.T

Penat berjalan kami pun cari tempat untuk melepaskan penat. Ke Klebang.. Kat sini kami cari Coconut Shake yang menjadi sebutan seluruh Malaysia.. Hehehhehe.. sampai dah jam 6.30 disini.. Time sampai tu jalan amat jammed disebabkan oleh kedai coconut shake ini.. Orang berbaris amatlah panjang. Kami pula malang sedikit sbab tak dapat beli sebab masa untuk memesan sudah tamat. So sedih.....

Ramainya la orang baris.. so aku pinjam bekas air salah sorg pelanggan jer untuk ambik gambar.. hehehe

So balik la kerumah di Tanjung Kling. Cadang nak gi cari Sate Pantai Puteri lak, tapi Kedai Sate tu tutup lak kalo ahad, sebab bagi peluang kepada peniaga pasar malam di situ untuk berniaga ditapak kedainya.. huhuhuh...Rehat sekejap sebelum berangkat balik ke KL dengan hati yang kurang senang... Sebab tak dapat makan Coconut Shake n Sate Pantai Puteri.

Penat tapi gembira

*Sebenarnya tak banyak tempat n tak banyak makanan yang kami tawan untuk hari ni... tapi aku akan sentiasa turun naik melake jadi peluang aku masih ada di masa akan datang.. heehehehhe



Sunday, January 27, 2013

Kejutan Birthday Yang Kurang Menjadi

Hari ni dah 26 January 2013, so dah 5 hari dah birthday aku lepas...  Nak cita sikit pasal apa yang berlaku sepanjang hari ini. Awal pagi.. Pada mulanya aku nak gi workout kat Fitness First, namun tak jadi sebab terlajak tido lepas subuh tadi.. heheehhe..Pengajaran, lepas ni kalo lepas subuh sila jangan tido yer..Dalam jam 12 aku terus ke Kepong Village Mall bersama Epul sebab ade temujanji pasal bisnes blog sikit.. Heheheheh.. Alhamdulillah... Aku ke Celebrity Fitness untuk bincangkan sikit sesuatu disana. Selepas jer settle semua urusan, aku tengok la kejap cite Hansel n Gretel.. Best gak cite tuh.

Dah habis cite tuh terus call Mek Ayu, ajak karaoke.. So pegi lak karaoke kat Microphone Danau Kota. Semasa tengah syok menjalani latihan vokal tersebut, Zulmat kawan baik aku bbm, tanye lokasi aku berada. Die nak joinnnn.. Best!!! Tak sampai setengah jam die sampai la dengan Allan. So masuk dalam bilik n terus menjalani latihan vokal secara berjemaah.

Tiba2 Epul n Zulmat kelua, nak merokok kot.. So aku biarkan aje... Lama la plak, so aku terus tanye Allan samada die tahu kemana budak dua org tu gi. Allan call zulmat n aku dapat tahu yg diorg gi beli kek. Kek birthday aku la tu!! nak suprisekan aku konon!!!!! Kantoi!!!

Lama la plak budak dua org neh. Aku terasa nak ke toilet.. masuk lak toilet.. Kelua jer toilet aku nampak Zulmat n Epul tengah gelabah nak siapkan kek depan kaunter.. Aku dengan selamba di tegur dari belakang " korang beli kek untuk sape yer?"Ahahahahahaha.. Diorg marah aku sambil kata "WEI!!!!!!!!! DAH TAK SUPRISE!!!" Akhirnya kantoi sekali lagi.. heheheh.. Yang lain2 biar gambar kat bawah yang cite!! :) 

Taraaaaaaa... Cantik dan sangat sedap kek ini!!! 

Thanks Zulmat, Allan, Ayu, Epul untuk semua ini.. sayang korang!!!

My Bff Zulmat yang makin hari makin taff, die la yg plan kejutan yang tak menjadi ini. Ahahahaha.. Tapi aku suke!!!

Epul yang bersengkongkol pegi beli kek

Allan yang telah mengkantoikan aktiviti diorg yang kelua beli kek

Ayu yang mengkantoikan lagu!! Eh!!!! Ayu yang tolong habiskan banyak kek!!

Walaupn kejutan korang kurang menjadi, tapi aku sangat hargai semua yang korg plan tu.. Sayang korg sangat2..

Makan kek sampai tinggal lilin jer!!!

Walaupun kejutan yang diorg plan ini kurang mengejutkan aku, namun apa yang telah diorg plan ni amat membuatkan aku terharu... Aku tak pernah mintak semua ni... Tapi kalo nak buat tiap2 bulan pun aku suke neh!!!!!

Thanks KORANG!!!!!!! 

**Ade sape lagi tak yang nak buat majlis birthday aku? hehheehehe




Thursday, January 24, 2013

Pengalaman Di Batu Caves Menjelang "Taipusam"

Tak pernah terlintas untuk aku menjejakkan kaki ke Batu Caves Murugan Temple. Tapi atas ajakkan opismate aku akhirnya bersetuju untuk ikot diorg pegi melihat cara dan persiapan Taipusam yang di lakukan oleh rakan kita yang beragama hindu ini. 

Setiba disitu,  tak sangka lak jalan jammed sedangkan Taipusam lebih kurang 4 hari lagi. Sekitar kawasan juga sudah dipenuhi dengan gerai2 dan rakyat berbilang kaum. Rata2 nak pegi lihat apa yang ada disitu :)

Haiyooo... awat la kali ni aku rasa entri aku ni macam karangan budak darjah 6? Mybe sebab dah lama tak buat entri kot no :P

So biarkanlah gambar dibawah yang bercerita :) Kali ni aku kelua dengan Chansey, Ning n Arie!!

Makanan yang berwarna warni menarik perhatian aku

Ade tempat nak cukur rambut! 

Bergambar dihadapan Tangga Batu Caves (ramai kat belakang tu dah start memanjat)

Ni Sorang mamat yang hilang kawalan sebab tak pernah nampak merpati 

Pendakian bermula. Perhatikan orang ramai kat bawah.

Pose kejap!!!! Sebenarnya ngelat takmo panjat tangga dah.. penat kottttt

Group Photo!! Time ni kami berempat dan sampai kat atas!

Tekstur bukit yang menarik perhatian

Dah sampai atas.. So nak turun bawah balik.. sekali lagi.. penat!

Ok... Tamat sudah pendakian di sini

Kesimpulannya, persiapan sudah banyak dilakukan menjelang taipusam... tapi kami yang lebih sibuk bergambar disini.. Sekian!