Sunah Suka Sakura dot com

Sunday, December 7, 2014

10 Senarai Hadiah Hari Lahir - Yang Aku Mahu

Hari lahir aku da tak lama.. Seperti beberapa tahun yang lepas aku akan sediakan beberapa senarai hadiah yang aku nak.. Ahahahaahha.. Pssstttt.... Tahun lepas aku hampir dapat semua hadiah yang aku senaraikan.. Harap tahun ni pun same la!! la la la


1- IPhone / Hdset Baru

Yang ni aku letak kat number 1 sebab hdset aku dah amat nazak.. Kesian kan.. Hahaha.. Aku taknak beli sendiri.. Sebab nak mintak dihari lahir aku :P Macheh

2- Melancong

Ini pulak merupakan sesuatu yang amat aku suka.. Aku suka gi tempat yang leh tengok budaya orang lain.. Makanan... Tenangkan fikiran.. Sebelum ni aku pernah dapat hadiah birthday ke Phuket.. Harap kali ni dapat pegi ke tempat yang mampu buat mata aku lebih terbuka luas.. Heheheh.. Macheh

3- Perfume

Aku penggemar perfume jugak ok... Aku suke bau yang sweets, sporty, buah2an, semua laa... Macheh

4- T-Shirt / Jersi / Kemeja

Ni yang selalu aku dapat menjelang birthday... Tapi aku memang suke pun.. Hahahahha... Sape kenal aku pasti akan tau type tshirt yang aku suke.. Aku suke yang simple dan comel2.. Heheeheh.. Macheh

5- Produk Kesihatan/ Gym

Memandangkan hobi terbaru aku adalah bersenam, jadi aku amat sukakan produk2 kesihatan... Macam protein, asid amino dan lain2.. Heheehehhehe.. Dumbbell pun not bad.. hehehehehe... Baju sukan pun ok!! Macheh!!!

6- DSLR
Dslr aku dah rosak.. Perlukan dslr baru.. Plishhhhhhhh...

7- Laptop
Dulu aku wat partime dgn pc aku.. Tapi dah lama tak hidup pc tu.. Rasa macam nak start balik editing.. So laptop amat diperlukan untuk aktiviti aku itu.. ehehehehe

8- Kasut
EHHHHH bukan yang macam neh!!!


Buat penegtahuan, aku ni jenis yang pakai satu jenis kasut saja dalam satu2 masa, selagi mana kasut tu tak rosak, selagi tu gak la aku pakai je kasut tu.. Jadi anda pasti akan sedar setiap kali aku kelua.. Balik2 kasut yg sama aku pakai.. So kali ni aku nak kasut!! size 6 jer k :P

9 - Barangan Rumah

Barangan rumah yang aku paling suka adalah sofa.. eh!!! sebab rumah aku lom ada sofa :P aroma terapi pun aku suka!!!!!

10- Melancong.

Indahnya disini... Sape tau ni kat mane? nak sangat pegi sini!!!
Eh sekali lagi nak hadiah melancong.. hahahaha.. so maksudnya nak melancong banyak2 kali la neh :P MACHEH....

Sekian.. Ada masa lagi neh kalo sape yang nak plan beli hadiah.. hahahahaha.. Ingat k tarikh lahir aku!!! 21 January!!


Ini senarai yang tiga tahun lepas ---> 10 Senarai



Saturday, September 27, 2014

Jalan-Jalan Ipoh - Part 2 "Kellie's Castle Berhantu" Pengalamanku

Jika sebelum ini aku ada kongsi sedikit mengenai pengalaman aku mencari 7 Mural di sekitar Bandar Ipoh Lama (Entri Ini ---> Ipoh Part 1). Kali ni nak share pulak pengalaman yang aku di Kellie's Castle.

Jujurnya inilah kali pertama menjejak kaki ke Istana yang dikatakan berhantu ini. Sedikit teruja untuk masuk dan melihat sendiri. Tapi aku lebih teruja untuk melihat suasana istana lama dan bukannya fikirkan mengenai cerita-cerita hantu yang lebih menaikkan nama istana ini.

Kellie's Castle ini dah dibina lebih 100 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1905. Tak yah la aku nak cerita pasal sejarah pembinaan istana ini k.. Cuma nak share sikit pasal pengalaman yang aku lalui.

Melangkah masuk ke perkarangan istana, kami kena bayar duit untuk masuk. EH!!! Aku tak tau lak berapa bayaran yang dikenakan.. Sebab Tony yang tolong bayarkan..errr.. Rasanya rm5 untuk orang dewasa..

Sebelum ini aku ada jugak la terbaca dan tengok kat NTV7 pasal cerita-cerita berhantu yang pernah terjadi di istana ini.. Antaranya, hantu Helen(Anak perempuan) berlegar memakai blous biru dengan rambutnya yang kerinting, Hantu William berlegar di tingkat dua istana yang dikatakan sentiasa menjaga istana miliknya,  Pengawal Istana tanpa kaki yg terbang mengawal istana, Hantu diladang kuda berkeliaran dan banyak lagi.

Aku yakin kebanyakkan yang datang di siang hari ke Istana ini seperti aku hanyalah untuk mengambil gambar disekitar istana dan bukanlah untuk merasai pengalaman berhatu. Kerna jika untuk merasai pengalaman berhantu, mereka akan datang pada malam hari.

Memandangkan matlamat aku adalah untuk merakamkan kenangan bergambar, jadi apa kata biar gambar kat bawah pulak yang bercerita. :P


   
Tiba di Kellie's Castle. 

  
Kellie's Castle, Tersimpan pelbagai cerita misteri

Jay dah keluarkan monopodnya untuk aktiviti mengambil gambar. Aku dan Tony pula gigih menyiapkan DSLR sambil memilih sudut untuk mengambil gambar

 
Tetap menjadi tumpuan walaupun dihujani dengan  cerita seram.

Balkoni Serambi Hantu. Papan tanda di istana ini banyak menerangkan kejadian-kejadian yang pernah berlaku di sekitar istana. Jadi ambil masa untuk membaca apa yang tersembunyi disesuatu sudut istana ini.

 
Aku bersama Tony di laluan dimana William dikatakan berulang alik tika malam tiba.

 
Kami panjat istana hingga kepuncaknya :P

Jay yang tak pernah berenggang dengan campro miliknya


Setelah merayau-rayau sekitar kawasan istana, Tony membawa kami ke bahagian tepi istana. Dimana terletaknya bilik pengawal. Di bilik pengawal inilah dikatakan terlihat kelibat pengawal istana tanpa kaki terbang merayau-rayau menjaga kediaman William ini. Semasa di sini, kami menghadapi satu masalah yang agak pelik. Campro milik Jay gagal berfungsi. Yang anehnya, jika ambik gambar di bahagian lain istana, campro itu berfungsi la pulak kan.. Jadi kami keluarkan pula dslr dan meneruskan aktiviti mengambil gambar.. Heheheheheheh...

 
Setelah mencuba beberapa kali untuk ambik gambar di bilik pengawal, Jay tidak juga berjaya mengambilnya menggunakan campro miliknya..

Akhirnya kami mengambil gambar dibahagian bilik pengawal menggunakan DSLR milik Tony setelah campro milik Jay tidak berfungsi

Setelah penat berlegar-legar sambil mengambil gambar, kami pun balik.. haaaa .. simple tak cerita aku? ahhahaahahha... Nak tau lebih jelas, apa kata pakat-pakat kita pi Istana Kellie ini.. Terpegun dengan senibina yang terdapat disini.. 

Kalau ada peluang, aku akan datang lagi kesini. Insyaalah...
















Thursday, September 25, 2014

Jalan-Jalan Ipoh - Part 1 "Misi Mencari 7 Mural Karya Ernest"

Setelah sekian lama tak menaip entri seakan budak sekolah rendah... Aku akhirnya kembali berkongsi pengalaman percutian aku.. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman bercuti di Ipoh.

16 September 2014, Sempena cuti Hari Malaysia, aku ambik kesempatan untuk kelua dari KL bagi merehatkan otak yang kekadang agak serabai. Idea spontan kali ini di utarakan oleh kawanku Jay Mohd. Merupakan seorang juruterbang Malaysia Airline dan amat minat melancong, terutama dalam meneroka serta menikmati keunikkan juadah makanan tempatan.

Seawal jam 8 pagi kami kelua dengan kereta milik Jay. Menuju ke utara semenanjung.. Yang pasti kali ini aku terpaksa menjadi co-pilot semata mata kerana aku tidak pandai memandu kereta milik Jay.

Tiba di Ipoh, kami menunggu Tony  kenalan rapat Jay. Tony merupakan warga ipoh yang baik hati dan peramah. Kali ini tony sudi untuk bawak kami pusing2 sekitar Ipoh.

Misi pertama kami adalah mencari karya mural yang kini menjadi tarikan Ipoh Lama. Karya yang diilhamkan oleh Ernest Zacharevic memperkenalkan tujuh lukisan mural dinding, sempena projek ‘Art of Oldtown’ dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, di dinding rumah kedai sekitar Pekan Lama Ipoh. Karya ini dipaparkan di tujuh lokasi berbeza di pekan Ipoh.

Ernest bersama salah satu hasil karyanya!

Dengan keazaman yang begitu jitu, kami memulakan misi mencari kesemua tujuh hasil karya yang dimaksudkan.. Nak cite panjang takyah la bro!!! tengok jelah hasil pencarian kami :P

Dibawah disertakan 7 hasil karya Ernest yang berjaya kami temui:

1- Hummingbird

Jay tekun mengambil gambar Hummingbird.


2- Kopi O
Nampak real kan mural Kopi O ni!?


3- 5 Bungkus Kopi O
Nampak kan betapa besarnya lukisan Air Kopi tu berbanding size manusia biasa


4- Paperplane

Aku dan Jay try untuk buat kedudukan tangan seperti budak tu buat.. Tapi tak berjaya :P


5- Girl

Sian adik ni takde sape tolong die untuk ambik sangkar burung itewww..


6- Trishaw

Dalam banyak-banyak lukisan, aku paling suke yang ini!!!
                              

7- Pakcik Old Town Cafe

Besau nauuu lukisan kat bangunan Old Town Cafe ini

Tapi... kekeliruan berlaku, yang mana tidak dapat kami pastikan.. dengan satu lagi karya yang terpampang disekitar Ipoh lama ini.. Karya evolution.. Tak pasti samada ini juga karya dari Ernest ataupun tidak, namun yang pasti ia juga menjadi tarikan kepada peminat seni.

Adakah ini juga hasil karya Ernest?Ade sape tau jawapan?

MISI TERCAPAI!!!!

P/S *Disetiap lukisan terdapat satu papan tanda yang menunjukkan lokasi bagi setiap lukisan yang dihasilkan Ernest.





Tuesday, September 2, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 1 - "5 Fakta Tentang Ady Budika"

Lama tak join aktiviti yang dianjurkan rakan-rakan blogger.. Almaklumlah mood blogging dah sesat entah kemana...  Disamping aku tengah menjalani Cabaran 105 Hari anjuran Celebrity Fitness, kali ni aku nak sahut pula cabaran 30 hari cabaran rakan blogger...  Selama 30 hari ni aku akan buat sehari satu entri mengenai topik yang telah diberikan rakan blogger. Untuk hari pertama aku kene post pic terbaru dan juga 5 fakta tentang aku.. heheheheh.. 

Gambar terbaru aku!


1- Tentang Nama "Ady Budika"
Bukan nama sebenar aku pun... Nama sebenar aku Mohd Soleh Ahmad... Kalo kat instagram pun @Soleh_Ahmad (promote). Nama Ady Budika ni nama sejak zaman sekolah. Nama pena la lebih kurang... Tapi sampai skang kawan-kawan rapat panggil dengan nama "Ady" . 

2- Masih Bujang 3.
Telah mendirikan rumah tangga dengan seorang bloggger jugak. Kenal pun melalui blog jugak. Mula-mula kenal tu tak kenal rupa ok! Tapi myb sebab aku sweets kot.. sebab tu la dia ngorat aku.. Ker aku yang start ngorat dulu eh? Tak ingat lak! eh!!

3- Sikap Yang Unik.
Aku pemarah yang amat.. moody tak tentu arah, kalo aku diam tu maksudnya aku marah la tu.. Suke sentap tak tentu pasal gak.. suke wat org lain geram.. Sikap sentiasa berubah-ubah.. Tapi....aku tau ramai sayang aku.. Gituuuu.... Lagi aku tak suke tengok tv.. sebab aku keje pun dalam dunia tv.. Kalo wayang free aku suke.

4- Aktiviti Kegemaran
Aku suke buat aktiviti yang sihat.. Aku suke jogging... Panjat gunung... Tracking.. Gym... Sape nak gym buddy? jum!!! Tapi.. walaupun selalu join aktiviti sihat.. aku paling tak suka makan sayur berdaun!

5-  60KG dan 161cm
Ramai yang selalu terkeliru dengan gambar2 aku.. Mybe dalam gambar aku nampak tinggi dan sasa.. Padahal tinggi aku cuma 161cm dan berat aku tak cecah 60kg..  Dan selalu dengar org akan kata "Eh.. kecik jer orgnya.. dalam gambar nampak besar" . So biar jelas disini.. Aku ni kerdil jer orgnya... ahahahahahahha

Ok done cabaran pertama!!!! tak sabar nak buat cabaran kedua lak!!!

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari 



Sunday, August 31, 2014

Celebrity Fitness "DARE Your Friend". Bagaimana Aku Terpilih? Hadiah Yang Ditawarkan 20 Ribu?

Alhamdulillah, sekali lagi terpilih dalam pertandingan anjuran Celebrity Fitness. Bagaimana aku boleh terpilih? Semua ini adalah bukan usaha dari diri aku. Jutaan terima kasih aku ucapkan buat Ahmad Daud, kawan yang aku kenal 3 tahun lalu semasa menyertai Extreme Challenger anjuran Hot.Fm. Kenapa aku kata semua ini adalah usaha Daud? Ok, konsep pertandingan kali ini agak berbeza... Pihak Celebrity menerima penyertaan "Cabaran dari rakan". Kebetulan Daud telah menghantar nama aku untuk dicabar.. Berkat slogan yang menarik, penyertaan Daud telah terpilih dan aku adalah insan yang telah dicabarnya...

Aku dan Daud, pertemuan kali pertama tiga tahun lepas


Konsep Pemilihan Peserta
Errr...  Faham kan cara pemilihan peserta? Rakan akan cadangkan nama kepada Celebrity Fitness, dan pihak celebrity akan memilih nama yang telah dicadangkan tersebut. Dalam kes aku, Daud telah menghantar nama aku, dan nama aku telah dipilih oleh pihak Celebrity Fitness...  

Mulanya aku ingatkan aku akan bergandingan dengan Daud bagi menghadapi cabaran yang telah disediakan oleh pihak Celebrity fitness, namun.... sangkaan aku meleset...  Rupanya aku akan digandingkan bersama seorang Personal Trainer yang disediakan oleh pihak fitness. Agak terkilan kerana  aku baru jer bersemangat nak settlekan cabaran bersama Daud.

Aku bersama perserta lain yang turut terpilih.

11 Peserta yang terpilih 


Konsep Pertandingan.
Seramai 11 orang peserta dipilih dan digandingankan dengan seorang personal trainer terlatih. Pertandingan selama 3 bulan ini mengambil kira beberapa faktor dalam pemilihan pemenang, antaranya perubahan sebelum dan selepas, BMI, penambahan atau pengurangan berat badan, undian melalui media sosial... Sepanjang 3 bulan ini aku akan banyak berkerjasama dengan Adli.

Adli, individu yang akan membantu aku sepanjang pertandingan

Hadiah.
Sebut mengenai hadiah, ini yang buat aku agak bersemangat. Hadiah utama adalah bernilai RM20ribu termasuk pakej percutian 3 hari dan 2 malam untuk dua orang ke Bali berserta penginapan di Magani Hotel.

Magani Hotel - Cantik lak hotel ni... 

Dan hadiah yang paling bernilai adalah dapat melihat perubahan dalam penampilan dan kesihatan diri! Itulah matlamat utama aku kali ini.

Bermulalah cabaran aku untuk menyahut cabaran kali ini!! Doakan moga aku berjaya!


#CelebrityFitness   #Celebrity Fitness DAREY our Friend Competition   #Celebrity Fitness Malaysia   #Competition   #DARE Your Friend   #DARE Your Friend Competition Malaysia   #Exercise   #Fitness / Sports   Health   #Lifestyle









Thursday, May 15, 2014

Pengalaman Panjat Bukit Broga Dan Mandi Sungai Tekala - Info Mendaki Bukit

Lama kan aku tak update blog aku... Rindu jugak sebenarnya.. Setelah lama menyepi, kali ni nak share sikit pasal pengalaman panjat Bukit Broga buat kesekian kalinya..  Kali ni agak berbeza sebab pendakian bersama bekas penghuni Kolej Kachi 1 UUM...  Kawan-kawan aku masa zaman muda dulu :) 

Bertolak
Seawal jam 4.30 pagi aku dan isteri bertolak menuju ke Bandar Permaisuri untuk mengambail seorang rakan aku (Fakhrul).. Dari Bandar Permaisuri kami terus menuju ke Masjid berdekatan Majlis Pembandaran Kajang... Sambil solat sambil tunggu dua lagi rakan baik aku... Maasriah Musa dan juga adiknya... 

Selesai solat disitu, akhirnya baru la kawan aku tu sampai.. Terhegeh!!!!! rimas aku dengan org lambat neh! eh!! ahhahahaahah.. marah ok!! :P Dalam jam 6.30 lebih gak la baru dia sampai... janji nak jumpe situ jam 6 hokey!!!!

Nak tengok muke budak lambat tu? Ni haaa..... Hahahahaha

        
Maasriah Musa Si lambat!!!!!!


Tiba Di Bukit Broga
Aku park kete kat masjid, then naik lak kete kawan aku tu menuju ke Bukit Broga... Sebelum tiba di sana kami ambik pulak kawan aku yang bertolak dari melaka... Depa tunggu kat Petronas berhampiran Broga

Nak tengok kawan aku yg bertolak dari melake? HAAAAA inidia!!

    
Muaz, Shahid, Azhar yang bertolak dari Melaka

Sampai di kaki bukit dalam jam 7.00 pagi.. Hari ni ramai amat orang yang datang nak hiking... Almaklumlah cuti.... 

Mendaki
Park je kete, kami dengan bersungguh-sungguh mendaki sebab ini pendakian kali pertama kebanyakkan dari kami . Biarkan gambar bawah lak bercerita... 

   
Kami bersedia untuk mendaki!!! 

Tiba di salah satu puncak

Rasa tenang tengok permandangan dari atas sini

Yang penting ambik gambar!

Alhamdulillah... Selamat sampai ke puncak setelah tak sampai sejam mendaki :) 

Tamat Pendakian
Lepak dalam sejam jugak la atas Broga tu... Akhirnya kami dengan rasa sayu mula menuruni Bukit yang amat cantik itu :P Masa turun lebih mudah berbanding masa mendaki... Terlupa lak nak set berapa lama ambik masa untuk turun dan naik.. Ralat!
  
Perjalanan pulang

Mandi Di Sungai Tekala
Sememangnya awal2 lagi kami semua dah plan, selepas mendaki kami nak BBQ beramai2... Turun jer bukit, kami menuju pula ke sungai Tekala... sungai Tekala tak berapa jauh dari Bukit Broga... Lebih kurang 20 minit jer.

Alang-alang badan dah berpeluh, panas... So pekena air sungai pun best!!

  
Sejuk ok!!!!

Terlupe ambik gambar juadah yang kami bawak... so gambar kami jelah jadi santapan ok!

Sesetengah orang pilih Sungai Gabai untuk mandi selepas panjat Broga, tapi tidak bagi kami. Jarak Bukit Broga ke Sungai Tekala? Errr... tak sure sangat, tapi dalam 20 minit jugak drive kete. 

Dah mandi dan makan-makan kat Sungai Tekala.. kami balik kerumah masing2.. rehat!!!

*karangan budak sekolah rendah! ahahahahahahah


Sedikit info untuk sesiapa yang bakal mendaki Bukit Broga.
1- Bertolak awal pagi. Takut kalo lewat, kang berpanasan atas puncak bukit nun

2- Jangan biar perut kosong, sarapan jangan lupe... Tapi jangan over sarapan.. kang hang hentam nasik dua pinggan lak.. termuntah kang masa mendaki.. (Kat sana pun ade jual makanan)

3- Ada ruangan parking kat kaki Bukit Broga, Kene bayar RM2.

4- Jangan ingat Bukit Broga itu sejuk yer wahai kawan2... Aku pakai jersey jer masa mendaki.. Sebab banyak peluh akan kelua masa mendaki..Awal2 tu yakin jer aku sarung Sweter...tak sampai 10 langkah aku dah tanggalkan sweter aku tu.. panas siot!!!

5- Berapa lama untuk sampai ke puncak? yang ni bergantung pada stamina masing2.. kalo gerak 10 langkah then berenti rehat... 10 langkah berenti rehat.. memang lama la nak sampai... Kalau menten jer mendaki, dalam 30 minit dah leh sampai puncak

6- Sepanjang perjalanan jangan lupa selfie! leh post kat instagram.. eh!!

7- Kalau tak salah ade dalam 3-4 puncak... Last puncak ada yang tulis "Selamat Datang Ke Puncak Broga 400 Meter" Pastikan anda mendaki hingga ke puncak itu yer! then snap lagi pi untuk post kat instag.

8- Menuruni bukit mungkin lebih mudah, tapi perlu juga hati2.. takot tergelincir.

9- Pastikan anda bersedia untuk berasa sengal2 otot, (Jika ini kali pertama anda mendaki)

10- Jangan serik untuk mendaki lagi!!!


Selamat Mendaki!!!






Sunday, January 26, 2014

Anugerah Juara Lagu 28 Final - Giliran Persembahan dan Ramalan Pemenang

Ajl 28 yang bertemakan "Game On"

Setiap tahun aku pasti nak buat entri AJL kan? heheheh.. untuk tahun ni aku nak buat lagi entri seperti tahun2 yang lepas...

Mula-mula nak share sikit tentang giliran artis yang bakal membuat  persembahan untuk AJL 28 kali ini, giliran kali ini ditentukan oleh pihak TV3 tak seperti tahun2 terdahulu dimana giliran dibuat melalui undian;

1. Aku Pelat – Salammusik
2. Takkan Terpisah – Black
3. In Love With You – Aizat Amdan dan Noh Salleh
4. Hanya  Aku – Hyper Act
5. Bosan – Stacy
6. Bahagiamu Deritaku – Hafiz
7. Penglipur Lara – Hazama
8. Ikut Rentakku – Jaclyn Victor
9. Sahabat – Najwa Latif ft. Sleeq dan Syamkamarul
10. Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter
11. Kau Yang Terindah – Alyah
12. Kalau Aku Kaya – Awi Rafael dan Altimet

Ok aku nak teka sikit sape yang bakal menang kali ini... Hheheheheeh

1- Hafiz - Bahagiamu Deritaku
2- In Love With You – Aizat Amdan dan Noh Salleh
3- Takkan Terpisah – Black


Vokal terbaik - Takkan Terpisah – Black 
Persembahan Terbaik - Ikut Rentakku – Jaclyn Victor

Serius tahun ni aku takde yang betol2 aku suke.. compare tahun lepas.. hehehehe... Pilihan aku atas sebab pusing dadu jer.. Kbai!!!

Segmen interlude  bakal mengetengahkan muzik hip hop dengan menggandingkan penyanyi baharu dan lama seperti Waris, Dato’ M. Daud Kilau, Ziana Zain, Dali Ahli Fiqir dan Zaidi One Nation Emcees.

*Tak sabar tengok persembahan artis jemputan terutama Shila Amzah yang akan nyanyi lagu... lagu... hehehehe Pejal Tahir yang bertajuk...