Celebrity Fitness "DARE Your Friend". Bagaimana Aku Terpilih? Hadiah Yang Ditawarkan 20 Ribu?

Alhamdulillah, sekali lagi terpilih dalam pertandingan anjuran Celebrity Fitness. Bagaimana aku boleh terpilih? Semua ini adalah bukan usaha dari diri aku. Jutaan terima kasih aku ucapkan buat Ahmad Daud, kawan yang aku kenal 3 tahun lalu semasa menyertai Extreme Challenger anjuran Hot.Fm. Kenapa aku kata semua ini adalah usaha Daud? Ok, konsep pertandingan kali ini agak berbeza... Pihak Celebrity menerima penyertaan "Cabaran dari rakan". Kebetulan Daud telah menghantar nama aku untuk dicabar.. Berkat slogan yang menarik, penyertaan Daud telah terpilih dan aku adalah insan yang telah dicabarnya...

Aku dan Daud, pertemuan kali pertama tiga tahun lepas


Konsep Pemilihan Peserta
Errr...  Faham kan cara pemilihan peserta? Rakan akan cadangkan nama kepada Celebrity Fitness, dan pihak celebrity akan memilih nama yang telah dicadangkan tersebut. Dalam kes aku, Daud telah menghantar nama aku, dan nama aku telah dipilih oleh pihak Celebrity Fitness...  

Mulanya aku ingatkan aku akan bergandingan dengan Daud bagi menghadapi cabaran yang telah disediakan oleh pihak Celebrity fitness, namun.... sangkaan aku meleset...  Rupanya aku akan digandingkan bersama seorang Personal Trainer yang disediakan oleh pihak fitness. Agak terkilan kerana  aku baru jer bersemangat nak settlekan cabaran bersama Daud.

Aku bersama perserta lain yang turut terpilih.

11 Peserta yang terpilih 


Konsep Pertandingan.
Seramai 11 orang peserta dipilih dan digandingankan dengan seorang personal trainer terlatih. Pertandingan selama 3 bulan ini mengambil kira beberapa faktor dalam pemilihan pemenang, antaranya perubahan sebelum dan selepas, BMI, penambahan atau pengurangan berat badan, undian melalui media sosial... Sepanjang 3 bulan ini aku akan banyak berkerjasama dengan Adli.

Adli, individu yang akan membantu aku sepanjang pertandingan

Hadiah.
Sebut mengenai hadiah, ini yang buat aku agak bersemangat. Hadiah utama adalah bernilai RM20ribu termasuk pakej percutian 3 hari dan 2 malam untuk dua orang ke Bali berserta penginapan di Magani Hotel.

Magani Hotel - Cantik lak hotel ni... 

Dan hadiah yang paling bernilai adalah dapat melihat perubahan dalam penampilan dan kesihatan diri! Itulah matlamat utama aku kali ini.

Bermulalah cabaran aku untuk menyahut cabaran kali ini!! Doakan moga aku berjaya!


#CelebrityFitness   #Celebrity Fitness DAREY our Friend Competition   #Celebrity Fitness Malaysia   #Competition   #DARE Your Friend   #DARE Your Friend Competition Malaysia   #Exercise   #Fitness / Sports   Health   #Lifestyle






AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

1 Comments

Previous Post Next Post